Sunday, February 15, 2015

Sehari Di IJN





wiki search
Congenital heart defect (CHD)




Terdengar perbualan......

Masa lahir anak saya ni sihat walafiat,   tapi lama kelamaan dia jadi lemah dan kukunya bewarna biru. Bila demam pegi jumpa doktor, dia hanya bagi ubat demam. Makin lama makin biru jari anak, puas jugak saya bawak pergi jumpa bomoh ke sana ke mari , akhirnya saya akur dengan nasihat kawan-kawan, bawak jumpa doktor jantung. Dengan segera anak saya dirujuk ke IJN dan dah selamat menjalankan pembedahan ketika berumur 8 bulan.

Apabila menziarah wad kanak-kanak  IJN , barulah saya sedar bahawa ramai kanak-kanak mendapat sakit jantung - ada yang dilahirkan begitu dan ada pula yang dikesan setelah berumur beberapa bulan atau beberapa tahun kemudian. Ramai juga di kalangan kanak-kanak yang telah dibedah dada seawal umur 1 bulan!

Pelbagai jenis penyakit jantung yang menimpa kanak-kanak kecil seperti jantung berlubang, salur jantung (artery) tersumbat, ada yang tiada salur jantung, ada yang salur jantung terbalik ( yang kiri pergi ke kanan dan kanan pergi ke kiri ( mengikut terma orang awam ). Ada yang jantung tidak berinjap - dan macam-macam lagi masalah jantung yang kita tak terfikirkan.  Tapi MasyaAllah, MasyaAllah, MasyaAllah setiap kes yang dirujuk di Institut Jantung Negara mendapat perhatian dan rawatan dari pakar-pakar jantung - sebagaimana yang dijanjikan setiap penyakit ada ubatnya!

Sesungguhnya Allah Maha Pencipta -

إذا قضيت أمرا أن تقول له كن فيكون


Allah menjadikan segala sesuatu dengan cara biasa dan luar biasa - sebagaiman roh Nabi Isa A.S yang ditiupkan ke dalam rahim bondanya Siti Maryam
Allah jadikan  manusia dan haiwan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan/ jantan  dan betina
Ada juga yang dijadikan secara tunggal
Allah jadikan sesuatu dengan sempurna dan adakalanya tidak disempurnakan.

Semua itu mengingatkan kita tentang Kebesaran Allah!
Subhanallah!





2 comments:

Anonymous said...

Masya Allah. Syukur Allah menganugerahkan ilmu untuk membaikpulih defect di tubuh. Terbaca dokumentari tentang Plus Ox yg boleh mengesan masalah jantung pada setiap bayi yg baru lahir Tidak pasti sudah ada di msia atau tidak.

Kerabu Jantung said...


Terimakasih Anon,

Mungkin juga Plus Ox dah diguna di Malaysia tapi hanya di hospital tertentu sahaja. Suatu masa nanti mungkin penggunaannya lebih meluas dan lebih ramai lagi yang dapat manfaat darinya.