Tuesday, March 31, 2015

Kawan Atau Sahabat






google search














Macam mana nak kenal seseorang yang boleh dijadikan sebagai sahabat? Mudah saja - seseorang itu lebih kurang sama fikiran dengan kita - same wavelength kata orang. Sesuai dengan kita dan persahabatan boleh kekal berdekad-dekad lama. Pendek kata bolehlah buat baiah -  sahabah fil yaumi qiamah!

Ada juga yang ekstrem iaitu bila mula-mula bertemu je dah jadi macam dok leh nok gi - dia tak sesuai dengan kita, kita pun macam tak sesuai dengan dia. Takdok kemistry. Jadi tidaklah ia kekal menjadi kawan sebab ia habis di situ saja!

Ada juga kawan yang membuatkan kita berada dalam keadaan serba salah sebabnya kita tak tahan dengan pelbagai kerenah mereka ( yang depa ingat kita tak tahu akal dia  pada hal we can read them like a book ).  Kalau kita terkejut tergempar di tengah malam kita tak akan telefon dia atau tak akan pegi ketuk pintu rumah dia!

Pendek kata ada pepatah Arab mengatakan kalau kita bersahabat dengan penjual minyak wangi sedikit sebanyak akan dapat kewangiannya dan kalau bersahabat dengan tukang besi sudah tentu kita akan terpercik juga bunga- bunga api...adenye!




Saturday, March 28, 2015

Bunga Palsu




Bunga palsu terakhir di
 rumah saya. Lepah ni ambo dok leh gi
 doh dengae bunga dip ni weh!




Thursday, March 19, 2015

Appetizer








Jeruk limau atau lemon sesuai dijadikan hidangan sampingan atau dimasukkan dalam kari ayam atau daging atau lauk beriyani.






Boleh buat sendiri dengan menggunakan limau nipis atau lemon. Caranya mudah saja:

Limau nipis atau lemon dibelah empat tapi jangan putus
Masukkan garam kasar/ halus dalam belahan limau
Masukkan ke dalam botol dan tuang air panas
Masukkan sedikit minyak supaya ia tidak berkulat
Simpan di tempat gelap selama beberapa minggu.

Jeruk limau yang di atas berumur lebih dari 4 bulan, masih elok dan segar.

Selamat mencuba!








Sunday, March 15, 2015

Suka Dapat Hadiah?








Kalau nak bagi sesuatu kat orang  biorlah bebenor....

Jangan dok bagi kat orang benda yang kita tak hendak, atau yang kita dah nak buang atau barang tu kita dapat free atau cari barang yang paling murah, paling kodi......Kalau kita tak suka benda-benda tu orang lain pun tak suka jugak....Dah kalau tak nak buang je dalam tong sampah - jangan pegi buang kat orang atas nama hadiah atau sedekah. Bo patut maa...

Sebab tu lah kalau nak bersedekah dan menghadiah kenalah jaga adab-adabnya supaya orang yang menerima hadiah tu tak kecik hati, tak marah atau tak sumpah kita jadi gua batu atau jadi perigi buta !

Bila berlaku malapetaka seperti kebakaran, banjir besar - ramailah orang yang nak menderma pakaian , punyalah banyak berguni-guni, tapi bila dibuka.......

Gambar diambil dari blog Buasir Otak

........beginilah di antara rupanya......                                                      




Wednesday, March 11, 2015

Coffee Table Book - Part 4





Sumptous Breakfast!







Most people in Rompin take savory food for breakfast.
The breakfast usually consist of rice or nasi such as nasi lemak, nasi kerabu or nasi dagang. Most  popular is nasi dagang originated from Trengganu. Trengganu is the neighboring state of Pahang.




Another favorite is ketupat which made of glutinous rice cooked in thick coconut milk. After that they are wrapped in 'daun palas' ( fan palm leaves ) and then shallow fry in its own oil from the coconut milk.



And of course there are an array of fried sweet and also savory 'kueh' to choose from.




The most popular is of course the sweet delicacies to complete the sumptous breakfast!

Suffice to say that some people in Rompin take a heavy and elaborate breakfast!




Friday, March 6, 2015

Coffee Table Book - Part 3




The Old Town




This old town was left dilapidated as the owners left to live elsewhere.






This was the original town of Kuala Rompin - they were two rows of wooden shop houses, most of them with attics. Part of the old town were burnt down - on the right hand side there were a wooden cinema, a barber shop  and two private houses and on the left hand side there were a coffee shop, Bata shoe store, a photo shop , a shop selling tidbits mostly from China and my late aunt's sundry shop who was also  an agent selling  Singer sewing machine. The old town was busy in 1950s to 1950s.



This roti canai shop famous for its  delicious roti canai back then and still existed to this day.




 On the right is the oldest wet market in Kuala Rompin that sells the catch from Rompin River Mouth which is right behind it.














Tuesday, March 3, 2015

Bukan Senang Jadi Orang Tua...










Ramai orang tua yang tinggal bersendirian atau kesaorangan ( kerana kematian  atau bercerai dengan pasangan hidup ) ,  anak-anak pula semua dah berumah dan bertangga sendiri. Pendek kata inilah cabaran yang paling getir apabila menghadapi hari-hari tua.

Beberapa hari lepas saya mendapat berita seorang keluarga jauh yang meninggal dunia - saya pun terkenang tentang bagaimana anak-anaknya tolak menolak di antara satu sama lain , masing-masing tak sempat nak menjaga ibu yang uzur kerana kekangan kerja , kekangan keluarga , kekangan kewangan atau lain-lain.

Seorang ahli keluarga lain pula yang sudah tua dan uzur  sentiasa bersedih mengingatkan, adik beradiknya yang begitu  ramai, anak -anak pula lebih dari 10 orang tapi takde siapa pun sanggup tinggal bersama. Beliau dan isteri kesunyian dan sentiasa tertunggu-tunggu mereka datang menziarah. kalau boleh tiap-tiap hari sanak saudara datang memenuhi rumahnya agar dia tak kesunyian!

Bak kata, bukan senang nak jadi orang tua! Orang tua mestilah ada sedikit sebanyak ilmu supaya anak cucu sentiasa datang bertanya itu ini. Pendek kata hidup seseorang itu haruslah dapat memberi manfaat pada orang lain. Jangan asyik nak bergantung pada anak pinak dan saudara mara dengan sepenuh-penuhnya - mana ada orang nak tunggu kita siang malam.  Hidup biar berdikari! Pandai memenuhi masa lapang dan ada aktiviti sendiri...

Kadang-kadang bila dah tua selalu pulak melalut tak tentu kalu....makin lama makin cerewet , dok merungut sepanjang masa, tak pernah bersyukur apa yang ada depan mata. Hidup kosong - tiada pengisian, sebab tu sentiasa keluh kesah. Kadang-kadang ada yang tak sedo diri ada sorang anak yang menjaga makan minum dan segala kebajikannya dok pegi buat musuh. Semuanya tak kena...dok asyik cerita anak yang di KL/ Singapore/London yang berkereta besar,  rumah besar datang bawak hadiah besar 3 tahun sekali tu lah yang di puja-pujanya siang malam.....

'Ala kulliy hal kita sendirilah yang membuat diri kita bahagia, duka, kekosongan hati, tersiksa, terasing dan  pelbagai ter  lagi.......kalau elok pembawakan diri kita, eloklah hidup kita...InsyaAllah!!





Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...