Tuesday, March 3, 2015

Bukan Senang Jadi Orang Tua...










Ramai orang tua yang tinggal bersendirian atau kesaorangan ( kerana kematian  atau bercerai dengan pasangan hidup ) ,  anak-anak pula semua dah berumah dan bertangga sendiri. Pendek kata inilah cabaran yang paling getir apabila menghadapi hari-hari tua.

Beberapa hari lepas saya mendapat berita seorang keluarga jauh yang meninggal dunia - saya pun terkenang tentang bagaimana anak-anaknya tolak menolak di antara satu sama lain , masing-masing tak sempat nak menjaga ibu yang uzur kerana kekangan kerja , kekangan keluarga , kekangan kewangan atau lain-lain.

Seorang ahli keluarga lain pula yang sudah tua dan uzur  sentiasa bersedih mengingatkan, adik beradiknya yang begitu  ramai, anak -anak pula lebih dari 10 orang tapi takde siapa pun sanggup tinggal bersama. Beliau dan isteri kesunyian dan sentiasa tertunggu-tunggu mereka datang menziarah. kalau boleh tiap-tiap hari sanak saudara datang memenuhi rumahnya agar dia tak kesunyian!

Bak kata, bukan senang nak jadi orang tua! Orang tua mestilah ada sedikit sebanyak ilmu supaya anak cucu sentiasa datang bertanya itu ini. Pendek kata hidup seseorang itu haruslah dapat memberi manfaat pada orang lain. Jangan asyik nak bergantung pada anak pinak dan saudara mara dengan sepenuh-penuhnya - mana ada orang nak tunggu kita siang malam.  Hidup biar berdikari! Pandai memenuhi masa lapang dan ada aktiviti sendiri...

Kadang-kadang bila dah tua selalu pulak melalut tak tentu kalu....makin lama makin cerewet , dok merungut sepanjang masa, tak pernah bersyukur apa yang ada depan mata. Hidup kosong - tiada pengisian, sebab tu sentiasa keluh kesah. Kadang-kadang ada yang tak sedo diri ada sorang anak yang menjaga makan minum dan segala kebajikannya dok pegi buat musuh. Semuanya tak kena...dok asyik cerita anak yang di KL/ Singapore/London yang berkereta besar,  rumah besar datang bawak hadiah besar 3 tahun sekali tu lah yang di puja-pujanya siang malam.....

'Ala kulliy hal kita sendirilah yang membuat diri kita bahagia, duka, kekosongan hati, tersiksa, terasing dan  pelbagai ter  lagi.......kalau elok pembawakan diri kita, eloklah hidup kita...InsyaAllah!!





3 comments:

Anonymous said...

Mak saya menjaga ibunya yang berusia 96 tahun. Pada nenek saya selalu berpesan agar sentiasa bersabar dengan ujian kesihatan. Pada ibu dan ayah pula saya sentiasa katakan mereka sedang menempah sebuah syurga. Jauh di sudut hati semuga Allah memudahkan urusan kita hingga ke akhir hayat...

Anonymous said...

Uh again..keep on forgetting..sorry kak kj

Kerabu Jantung said...


UH, akak tabik pada sesiapa yang menjaga ibu/bapa/atok/nenek yang dah uzur - ia sangat memerlukan kesabaran yang amat sangat dan pemahaman yang tinggi tentang mengapa kita perlu menjaga mereka.
Many of us had gone through it and sometimes we felt that we hadn't done enough....
'Ala kulliy hal Allah sahajalah yang membalasnya