Thursday, April 30, 2015

Ikan Masak Toyu @ Masak Kicap








Kalau masakan kita yang sangat biasa - masak kicap - nak bagi nampak macam luar biasa  sikit , jangan potong ikan kecik-kecik....




Sunday, April 26, 2015

Jeruk Halia





As an appetizer


 Slice young ginger and season with sea salt ,




Add vinegar and leave it for one or two days to mature



Then serve it as an appetizer - don't worry about those black dots, I just add in some black peppers to make it more tasty.







Thursday, April 23, 2015

Kari @Gulai Ikan





Jangan takut meminda resepi.....



Walaupun ia resepi turun temurun. Bukan pinda tapi ubahsuai...
Like this fish curry -  I add  some prawns in it. The sweetness of prawns make curry more tasty.

Me husben orang utara sangat suka makan kari. Dia tak suka masak lemak kuning atau masak air. Sekarang ni saya masak kari ala mamak bagi kaw habis - kasi bau mamak satu rumah!




Sunday, April 19, 2015

Jadi Mem Lah Pulak......



Kesian jugak tengok Kak Gayah tinggal keseorangan setelah suaminya mati lebih dari 10 tahun yang lalu. Bahaya jugak tinggal bersendirian apabila umur meningkat lebih 70 tahun , badan dah lemah penyakit semua ada, mata dah kurang tajam, telinga pun kurang pendengaran. Anak-anak tak tau nak buat apa, ibu buat keras hati tak nak duduk dengan anak cucu.

Baru-baru ni anak-anak telah menghantar seorang pembantu untuk menemani beliau walau pun Kak Gayah menolak dengan pebagai alasan.

Antaranya - buat apa ada pembantu buat rugi bayar gaji bukan ada kerja nak buat kat rumah dia.......

Akak oi bersyukurlah banyak-banyak bukan senang nak dapat pembantu rumah la ni..

Akak tak benar dia masuk kemas bilik , bilik air pun akak boleh cuci sendiri

Akak oi biarlah dia cuci buat apa nak buat sendiri, nanti jatuh ke tergelincir ke akak juga yang susah.

Akak pun tak nak bagi dia masak

Akak.....kalau tak nak dia masak takpe tapi biarlah dia siapkan awas-awasnya, nanti akak tumis je!

Akak oi dah lah tu tak payahlah semua nak buat sendiri berehat-rehat lah - belajar jadi madam pulak. Akak rehat je biar pembantu uruskan hal-hal dalam rumah..

Semenjak itu dapur Kak Gayah setiasa berasap, tak payah lagi Kak Gayah makan makanan sejuk beku......

Semoga tiada penipuan dari pihak ejen pembekal pembantu rumah. Trend sekarang ni pembantu rumah akan bekerja 2 atau 3 bulan lepas tu mula nak berhenti kerja......







Thursday, April 16, 2015

Kerbau Berkubang


Di Rompin

Jumpa gambar ni dalam simpanan Beautiful Life


Sunday, April 12, 2015

One Dish Meal






Of course you can add some salad, cream crackers, bread or rice to it!
For busy ( and lazy ) people one dish meal is a real solution. It is time saving, calorie cutting and you are not tied down to the kitchen anymore!!!





Thursday, April 9, 2015

Alkisahnya!











... ada juga isteri-isteri yang nak mintak fasakh dengan tok laki atas sebab yang berbagai-bagai. Tapi rata-rata ramai jugak para isteri yang sanggup bersusah payah dan hidup tersiksa atas perbuatan suami. Isteri pulak takde lah senang-senang nak menyenaraikan keburukan suami mereka. Taklah macam suami kalu nak berbini muda mulalah bawak mulut fasal keburukan isteri .

Isteri takkan senaraikan perangai buruk suami seperti

- Suami pemalas asyik membuta siang malam
- suami pengotor lepas mandi tuala campak atas lantai
- suami pengotor malas nak pam bila menggunakan tandas ( mencuci tandas jauh sekali )
- suami asyik dok kecek duit isteri
- suami perut gendut dan tidur berdengkur macam bunyi siren kereta api
- suami bangang tak pandai kira bicara, kalau atap rumah bocor tunggu dulu bila rumah dah jadi akuarium baru buat lorat...

Dan macam-macam lagi kalau nak taip sampai esok tak habis...

Ada isteri yang bukan calang-calang orang -  bila suami kahwin lain dia terus pegi jumpa tok kadi nak mintak cerai. Bila Tok Kadi  beri nasihat dia bantah bersungguh-sungguh - sampai Tok Kadi tanya...
 Sapa Kadi, saya ke cik puan..
Cik puan pun makin naik angin..
 Saya tak kira , saya tetap nak suami saya ceraikan saya!

Makkk aii....kecoh satu pejabat dibuatnya!
Tok laki dia pulak lagu mana?
Dok menyorok belakang kerusi tok kadi...




Sunday, April 5, 2015

Mulut Pun Nak Kena GST!

Image result for married women in misery - picture
google search










Mulut kena berinsuran dan juga berGST kalau tidak cakap ikut suka hati je....

Kalau pegi menziarah kawan yang menjalani pembedahan pangkal rahim janganlah pulak bawak keluar cerita kawan atas kawan hangpa yang menjalani pembedahan yang sama tiba2 suaminya kawin lain. Bo patut maa....

Nok ghoyak bui akak oi kalu tok laki nok nikoh lain, bini comel lote pong  molek ade je dia gi nikoh.....

Kalau orang lelaki nak kawin lain macam-macam alasan yang dia akan bagi, antaranya:

- isteri dah tak pedulikan dia
- Sudah tiada persefahaman lagi
- isteri suka berleter
- isteri tak pandai kemas diri
- isteri malas masak
- isteri cengil dan selalu engkar
- isteri tak .......
Dan lain-lain sebab yang dia anggap munasabah....

Maka ramailah perempuan-perempuan single yang termakan umpan di mata pancing lelaki-lelaki yang nak menambah isteri.....Dan depa ingat depa boleh jadi isteri yang lebih baik dari isteri pertama hero filem Tamil yang kononnya sedang menderita tu!

Alahai orang lelaki kalu nak kawin 2, 3 atau 4 boleh je dan dibenarkan syara'. Jangan
lah dok kecek bohong nanti tergigit lidah putus 2!




Saturday, April 4, 2015

Pengat @ Serawa Pisang







Pisang raja sangat sesuai di buat pengat atau serawa









Tapi kalu sayang body jangan bubuh gula terlalu banyak atau santan terlalu pekat. Untuk mengurangkan bebanan lemak campurkan susu rendah lemak dan hanya sedikit santan pekat untuk serawanya.