Thursday, April 9, 2015

Alkisahnya!











... ada juga isteri-isteri yang nak mintak fasakh dengan tok laki atas sebab yang berbagai-bagai. Tapi rata-rata ramai jugak para isteri yang sanggup bersusah payah dan hidup tersiksa atas perbuatan suami. Isteri pulak takde lah senang-senang nak menyenaraikan keburukan suami mereka. Taklah macam suami kalu nak berbini muda mulalah bawak mulut fasal keburukan isteri .

Isteri takkan senaraikan perangai buruk suami seperti

- Suami pemalas asyik membuta siang malam
- suami pengotor lepas mandi tuala campak atas lantai
- suami pengotor malas nak pam bila menggunakan tandas ( mencuci tandas jauh sekali )
- suami asyik dok kecek duit isteri
- suami perut gendut dan tidur berdengkur macam bunyi siren kereta api
- suami bangang tak pandai kira bicara, kalau atap rumah bocor tunggu dulu bila rumah dah jadi akuarium baru buat lorat...

Dan macam-macam lagi kalau nak taip sampai esok tak habis...

Ada isteri yang bukan calang-calang orang -  bila suami kahwin lain dia terus pegi jumpa tok kadi nak mintak cerai. Bila Tok Kadi  beri nasihat dia bantah bersungguh-sungguh - sampai Tok Kadi tanya...
 Sapa Kadi, saya ke cik puan..
Cik puan pun makin naik angin..
 Saya tak kira , saya tetap nak suami saya ceraikan saya!

Makkk aii....kecoh satu pejabat dibuatnya!
Tok laki dia pulak lagu mana?
Dok menyorok belakang kerusi tok kadi...




No comments: