Sunday, April 5, 2015

Mulut Pun Nak Kena GST!

Image result for married women in misery - picture
google search










Mulut kena berinsuran dan juga berGST kalau tidak cakap ikut suka hati je....

Kalau pegi menziarah kawan yang menjalani pembedahan pangkal rahim janganlah pulak bawak keluar cerita kawan atas kawan hangpa yang menjalani pembedahan yang sama tiba2 suaminya kawin lain. Bo patut maa....

Nok ghoyak bui akak oi kalu tok laki nok nikoh lain, bini comel lote pong  molek ade je dia gi nikoh.....

Kalau orang lelaki nak kawin lain macam-macam alasan yang dia akan bagi, antaranya:

- isteri dah tak pedulikan dia
- Sudah tiada persefahaman lagi
- isteri suka berleter
- isteri tak pandai kemas diri
- isteri malas masak
- isteri cengil dan selalu engkar
- isteri tak .......
Dan lain-lain sebab yang dia anggap munasabah....

Maka ramailah perempuan-perempuan single yang termakan umpan di mata pancing lelaki-lelaki yang nak menambah isteri.....Dan depa ingat depa boleh jadi isteri yang lebih baik dari isteri pertama hero filem Tamil yang kononnya sedang menderita tu!

Alahai orang lelaki kalu nak kawin 2, 3 atau 4 boleh je dan dibenarkan syara'. Jangan
lah dok kecek bohong nanti tergigit lidah putus 2!




No comments: