Monday, May 25, 2015

I Want To Tease My Mommy





Auuuuum.......





Cakkkkkkkkk!




Owwwwwh...not the soother again.....






Thursday, May 21, 2015

Jangan Sampai Rumah Runtuh



Semua yang ada dalam rumah tu  akan jatuh terpukang ke tanah dan ada yang akan mati sebab terhempap bumbung rumah!

Orang yang jadi ketua keluarga atau ketua negara kena benar- benar amanah . Kalau rumah dah kena makan dek anai - anai buatlah sesuatu untuk membaik pulih rumah, jangan biar ia roboh.

Rumah roboh kalu semua isi rumah kena duduk bawah jambatan!

Kalau pemimpin fail rakyat jelata huruhara!





Sunday, May 10, 2015

Sembang DiMusim Kenduri Kahwin



Pengantin masuk dewan pun tak berapa nak tengok sebab tengah hangat sembang fasal 1MDB. Pakat takut pucat muka belako -  apa taknya hutang 42 beliyon tak faham lagi tapi bila sebut 1beliyon =1000 juta, kalu 42 beliyon dah berpinar biji mata nak kira....

Abe Leh garu kepala....
Woiiii sapa nak bayar hutang tu? Nak ambik duit mana nak bayar hutang - takkan nak gali lubang tutup lubang..

Orang kampung takut dengar hutang banyak tu. Depa hutang kedai Ah Hong rm40 pun siang malam dok terkenangkan hutang - bila boleh bayar, bila boleh bayar....

Ada pulak yang keras kepala pegi dok buat bising...kalu lagu ni tak larat doh nok sokong depa -  takut sokong punya sokong, sokong menjahanamkan negara.

Jom kita ramai-ramai bawak sepanduk pegi Masjid Negara.....

Oii hang nak buat apa pi Masjid Negara, nok solat hajat bagi pecah perut ka? Buat apa!?

Solat hajat biar depa sendiri yang bayar hutang tu baru  betul!!! Depa dok bagi rugi mana boleh lepas gitu je!

Pakat- pakat dok sakit hati tak terkira...

Dah tu nak buat lagu mana?

Apa kata kalau kita ramai-ramai.....( sampai caterer kemas meja depa tak habis lagi buat cadangan )

Ahem......Abang Din...dah solat istikharah?





Sunday, May 3, 2015

Bila Bibik-Bibik Bergebang



Mawarni cerita bibik baru rumah sebelah bertanya berapa gaji dia dapat. War beritahu dia , bukan senang kerja ikut jam, 4 jam rumah sana 4 jam kat sini . Kerja mesti buat betul-betul sebab kena siapkan dalam masa yang ditetapkan.

Bila ramai-ramai bersembang mereka akan menbanding-banding berapa gaji masing-masing dan apa kah perks yang mereka dapat dari majikan mereka. Mulalah ada yang nak berhenti kerja dan pegi cari kerja di tempat lain untuk mendapat gaji yang lebih lumayan.

Tak kurang juga yang menceritakan pengalaman mereka sebagai pembantu rumah. Ada tuan rumah yang memperli pembantu mereka yang sedang makan - makan boleh tahan banyak tapi bila buat kerja lebih kurang je! Tak dapat nak telan makanan tu..

Akak percaya tak, setelah makan anak beranak majikan bubuh nasi  kuah taruh atas  dan dibiarkan atas meja. Setelah lama kemudian barulah  suruh saya makan. Bila nak makan nasi pun dah kembang sebab berendam kuah. Terasa pulak macam nak beri makan kucing...

Ada pulak tuan rumah yang suka marah- marah dan menjerit jerit pada pembantu rumah. Tak kurang juga yang mengeluarkan kata-kata kesat dan yang menyiksa mereka.

Inilah antara luahan hati mereka........

Tak tau macam mana pulak luahan hati tuan rumah @ majikan .........