Sunday, May 3, 2015

Bila Bibik-Bibik Bergebang



Mawarni cerita bibik baru rumah sebelah bertanya berapa gaji dia dapat. War beritahu dia , bukan senang kerja ikut jam, 4 jam rumah sana 4 jam kat sini . Kerja mesti buat betul-betul sebab kena siapkan dalam masa yang ditetapkan.

Bila ramai-ramai bersembang mereka akan menbanding-banding berapa gaji masing-masing dan apa kah perks yang mereka dapat dari majikan mereka. Mulalah ada yang nak berhenti kerja dan pegi cari kerja di tempat lain untuk mendapat gaji yang lebih lumayan.

Tak kurang juga yang menceritakan pengalaman mereka sebagai pembantu rumah. Ada tuan rumah yang memperli pembantu mereka yang sedang makan - makan boleh tahan banyak tapi bila buat kerja lebih kurang je! Tak dapat nak telan makanan tu..

Akak percaya tak, setelah makan anak beranak majikan bubuh nasi  kuah taruh atas  dan dibiarkan atas meja. Setelah lama kemudian barulah  suruh saya makan. Bila nak makan nasi pun dah kembang sebab berendam kuah. Terasa pulak macam nak beri makan kucing...

Ada pulak tuan rumah yang suka marah- marah dan menjerit jerit pada pembantu rumah. Tak kurang juga yang mengeluarkan kata-kata kesat dan yang menyiksa mereka.

Inilah antara luahan hati mereka........

Tak tau macam mana pulak luahan hati tuan rumah @ majikan .........






No comments: