Sunday, May 10, 2015

Sembang DiMusim Kenduri Kahwin



Pengantin masuk dewan pun tak berapa nak tengok sebab tengah hangat sembang fasal 1MDB. Pakat takut pucat muka belako -  apa taknya hutang 42 beliyon tak faham lagi tapi bila sebut 1beliyon =1000 juta, kalu 42 beliyon dah berpinar biji mata nak kira....

Abe Leh garu kepala....
Woiiii sapa nak bayar hutang tu? Nak ambik duit mana nak bayar hutang - takkan nak gali lubang tutup lubang..

Orang kampung takut dengar hutang banyak tu. Depa hutang kedai Ah Hong rm40 pun siang malam dok terkenangkan hutang - bila boleh bayar, bila boleh bayar....

Ada pulak yang keras kepala pegi dok buat bising...kalu lagu ni tak larat doh nok sokong depa -  takut sokong punya sokong, sokong menjahanamkan negara.

Jom kita ramai-ramai bawak sepanduk pegi Masjid Negara.....

Oii hang nak buat apa pi Masjid Negara, nok solat hajat bagi pecah perut ka? Buat apa!?

Solat hajat biar depa sendiri yang bayar hutang tu baru  betul!!! Depa dok bagi rugi mana boleh lepas gitu je!

Pakat- pakat dok sakit hati tak terkira...

Dah tu nak buat lagu mana?

Apa kata kalau kita ramai-ramai.....( sampai caterer kemas meja depa tak habis lagi buat cadangan )

Ahem......Abang Din...dah solat istikharah?





2 comments:

whm6840 said...

Makes me really heart sick with this billion-billion....
Yelah, kita hutang office mate RM 10 for lunch sebab tertinggal wallet kat rumah rasa x sedap hati sampai malam.
Nak tido siap pesan, "If I die tonite, please go and pay xxxx RM10 of my lunch"

Kerabu Jantung said...


Semoga 42bil ni bukan sebuah mimpi ngeri yang menjadi kenyataan. Pihak yang berkuasa janganlah berselindung di sebalik tunggul kayu!