Wednesday, June 10, 2015

Tak Patut!






Salah satu hasil kerja Neni 




Jadi kami pun pegilah ke kedai id tanya-tanya fasal kain langsir dan day curtain ......

Kami pun dihidangkan dengan sample-sample kain yang stok lama dan yang lebih lama...
Bila mintak pandangan fasal warna - ikut akaklah mana yang suka....
Pendek kata semua soalan yang ditanya jawapannya  - pilihlah sendiri....

Yelah dek oi peduli apa ekau makan gaji je
( Tak tau ke kalau kedai lingkup ekau pun hilang koje )

Banyak kali saya pegi ke kedai tu, cuma dua kali je nampak tuan kedai datang tapi agaknya bukan urusan dia melayan pelanggan. Itu urusan pembantu-pembantunya yang dah lama bekerja dan mahir selok belok langsir dan lain-lain upholstry. Dia towkey tak perlu ambik berat fasal maju mundur kedai dia ( mungkin bisnes ni untuk isi masa lapang dia je, jadi tak perlulah susah-susah  )

So we called our dear Neni in Kucing asking about color scheme dan lain-lain yang berkaitan dengan id....
Kalau dinding putih takde masalah, you can choose any colour but neutral colour is good senang nak match dengan furniture.
Seterusnya......gitu,gini.....macam-macamlah Neni bagi pendapatnya dengan segala the dos and the donts .

Memang berkenjah di KL ni kedai id non bumis. Mereka tu berniaga sungguh-sungguh dan sayang kedai. Punya value setiap customer yang datang tanya itu ini, mintak buat anggaran dan sebagainya, tapi last-last tak oder apa pun. To them they are their potential customers. Kalau tak jadi hari ni mungkin hari lain mereka akan datang lagi.

Orang yang tak sayang kedai ni dah sah-sah pelanggan datang nak tempah, dia pulak buat sambil lewa! 


No comments: