Tuesday, July 21, 2015

Anak Pontianak!


Di bulan Ramadhan yang lepas seorang sahabat saya bersama kumpulannya telah menziarah beberapa rumah orang- orang tua. Rupanya sudah banyak rumah orang tua sekarang ni memandangkan anak-anak begitu sibuk dengan kerjaya masing-masing dah tak sempat nak pelihara orang tua sendiri...

Rupa-rupanya ada cara anak- anak nak membuang ibubapa yang telah keseorangan  dengan cara mudah antaranya..

1. Apbila ibu atau bapa sakit mereka hantar ke hospital - mula-mula mereka pergi melawat lama - lama mereka pun dah tak nampak muka hidung. Akhir sekali pihak hospital terpaksa menyerahkan mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lain- lain saluran seperti rumah orang - orang tua.

2. Ada yang lebih perihatin mereka memujuk ibu/ bapa supaya duduk di rumah orang- orang tua dengan janji setiap minggu mereka datang menjenguk. Lepas beberapa kali menziarah akhirnya mereka menghilang Dan tak dapat dikesan lagi.

3. Diajak tinggal bersama tetapi......begitu begini ..hingga ibu/bapa mereka hidup terpinggir dan teraniaya.

Sahabat saya memberitahu bahawa ibubapa ini sentiasa menunggu-nunggu kedatangan anak-anak mereka untuk mengubat kerinduan , tapi Dari raya ke raya mereka tak pernah datang menjenguk.

Mungkin takut ibu/bapa nak ikut balik ke rumah mereka agaknya!



2 comments:

Fida Z Ein said...

Sedihnya...

Minta2 la kita tak sama...amin

Kerabu Jantung said...

Amin, insyaAllah!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...