Sunday, August 30, 2015

Sabar Dengan Ujian Allah..



Seorang kerabat kami telah beberapa tahun lamanya melawan penyakitnya dengan gagah berani - sentiasa ceria dan tidak pernah berputus asa. Walau pun kemudiannya dia terpaksa membayar sendiri ubat yang begitu mahal mencecah ribuan ringgit ( sebab banyak karenah birokerasi bila nak claim balik duit dia ).

Setelah beberapa lama di hospital beliau kena discharge sebab tiada lagi rawatan yang patut beliau jalani. Sekarang beliau dijaga oleh anak lelaki dan menantunya sepenuh masa ( beliau tidak mempunyai anak perempuan ).

Anak dan menantu menjaga ibu dengan penuh sabar dan  prihatin - beri ubat ikut waktu , membersih dan mengelap ibu , merawat luka-luka belakang akibat sudah 3 bulan terlantar....dengan kata-kata yang lemah lembut memujuk ibu yang kadang kala tidak tertahan kesakitan...

Sememangnya ibu itu seorang yang bersemangat waja, tidak merungut dan tidak keluh kesah berdepan dengan brain cancer!

Semoga anak dan menantu mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat , aamin!


2 comments:

Fida Z Ein said...

Semoa anak dan menantu sentiasa dipermudahkan urusan dan murah rezeki...

Kerabu Jantung said...

Aamin!