Thursday, September 10, 2015

Jangan Kena Tipu!




Sesuatu yang dilakukan secara senyap-senyap selalaunya akan menjadi tanda tanya orang ramai. Kalau dah main sorok-sorok tu adalah yag tak kena di mana-mana - simpan kemas-kemas takut terbocor rahsia @ terkantoi!

Beberapa tahun dahulu ada seseorang yang saya kenal memberitahu saya dia buat investment yang sangat menguntungkan dan telah pun mendapat pulangannya dalam masa sebulan dua sahaja . Pada tahun 80an dulu ramai juga sahabat handai dan sedara mara yang sakit hati dengan saya sebab tak nak join dan tak percaya dengan skim cepat kaya Pak Man Telo. Depa kata saya bodoh tak nak ambik peluang yang terbuka!

Jadi sahabat saya yang buat investment tadi tu berkobar-kobarlah menceritakan bahawa investment tu bukan sebarangan, beroperasi di bilik hotel mewah dan tingkat paling tinggi. Tidak semua orang boleh masuk, hanya yang berduit saja @ yang nak invest saja yang dibenarkan.....Tapi kalau saya nak join dia boleh introduce...

Ada juga orang pegi menuntut ilmu tapi kata mereka tok guru tak bagi hebahkan aapa yang dipelajari itu pada orang ramai takut nanti mengelirukan masyarakat. Maklumlah ilmu itu begitu tinggi tak semua orang boleh menerimanya, kalau iman tak tinggi tak layak menuntut ilmu lagi...Pendek kata ilmu itu eksklusif untuk orang-orang tertentu saja..

Ayah saya pernah berpesan tentang dua perkara di atas seawal tahun 1970an dulu semasa saya mula bekerja..Pertamanya kalau nak menuntut ilmu janganlah pegi tempat yang terpencil , carilah ustaz-ustazah yang mengajar di tempat awam dan di surau atau masjid atau pegi ke pusat pengajian. Begitu juga kalau ada perniagaan yang tidak munasabah keuntungannya sudah tentu ada maslahah dan penipuan di sebaliknya.........