Saturday, September 12, 2015

Realiti Kehidupan


Semua orang takut mati , kalau boleh tak nak mati, nak hidup menongkat langit. Orang yang kaya raya ( terutamanya yang dapat derma berbeliyon-beliyon ) kalau boleh nak beli nyawa supaya boleh hidup tak mati - mati!

Bila dapat kuasa semua seronok - dengan kuasa boleh buat apa saja - berniaga yang untungnya entah ke mana, boleh pecat penjawat dari jawatan mereka , boleh sogok dan boleh upah pencacai maki orang , tuduh orang berkonspirasi nak jatuhkan dia dan lain-lain yang seumpamanya!

Tapi yang sakitnya bila kuasa dah  hampir nak hilang baru tau langit itu tinggi - hidup dalam kegusaran dan ketakutan - ada jugak yang dapat insomnia - mata tak boleh pejam....Pejam kalu ada nampak macam-macam yang menyeramkan!


2 comments:

ngasobahseliman said...

Yang susah Rakyat macam saya. Dua anak graduate tak ada kerja. Yang senang kena sedar senang itu datang dari mana. Betul kata you Sis...Malaysia dah celaru. Semoga Allah kasihan pada rakyat.

Kerabu Jantung said...


Yang memerintah perlu peka pada masalah rakyat keseluruhannya.Banyakkan peluang pekerjaan,kekang harga barang dan perkhidmatan yang naik mendadak, duit jadi kecik - sepatutnya ditangani bersungguh-sungguh bukan dok pertahankan PM dengan masalah 2.6 bil dia. PM datang dan pergi tapi masalah rakyat perlu diutamakan!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...