Thursday, December 31, 2015

Bunga Santalia


Berbau wangi


Sangat sesuai untuk dicampurkan dalam bunga rampai. Ada juga dijual minyak wangi santalia yang digunakan orang dulu-dulu untuk buat bunga rampai..

Monday, December 28, 2015

Kena Rajin





......mencantas pokok , makin cantas semakin rendang....
Belimbing buluh berbuah sepanjang tahun kadang-kadang terlampau banyak buah dah tak tau nak buat apa ( kalau durian berbuah lebat macam belimbing buluh tokey deriyan boleh dipavali hari-hari )


Saturday, December 26, 2015

Syaitan Bisu


Semasa pengantin duduk di pelamin pun perbincangan hebat terus berjalan......

Ada yang kata Najib is strong now dia boleh dapat landslide win come the next GE. Semua orang sokong dia sekarang.
Ramailah yang dok keliling meja tu tertelan buah kana ( acar buah ).

Depa kata Najib dah kambus semua lubang yang boleh  menjerluskan dia. Kaitkan pula dengan Tun M marahkan Najib sebab tak dengar cakap dia dan bla bla bleat bleat bleat!
Tapi tak sebut pun fasal 2.6b Dan IMDB - sebab bagi mereka itu perkara kecik bukan satu perkara yang harus dibangkitkan. Kerugian perkara biasa Dalam perniagaan. Derma pula adalah sesuatu yang halal....

Habis kenduri saya rasa sangat kecewa.....
Kalau penipuan yang jelas dan nyata itu boleh diterima dan ramai orang membenarkannya dan ramai lagi yang mendiamkan diri.......maka tiadalah jalan yang boleh membetulkan keadaan...



Saturday, December 19, 2015

Ramai Dah Buat Keputusan



Bulan Disember ni banyak benar kenduri kahwin, pendek kata sembang politik pun makin kencang.
Ada orang kata kes 2.6b dan misadventures of 1MDB tu dah ok. Kata depa orang ramai dah boleh terima bahawa kes duit derma masuk akaun peribadi itu dihalalkan. 1 MDB pulak akan menjana keuntungan  tak lama lagi. Jadi jangan dok buat kepoh menuduh dan menyoal yang bukan2.....

Bagi yang tak menghalalkan perbuatan 2.6/1MDB mereka dah bercadang - cadang untuk beramai - ramai memangkah Pas! Ada juga yang tak nak memangkah terus dan yang lebih ekstrim lagi ada yang bercadang nak merosakkan kertas undi....sebaaab walaupun kes 2.6b tu dah di OK kan tapi kes rakyat belum ok lagi - beban kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan telah menghimpit kehidupan rakyat jelata.

 Ramai jugak yang sakit hati pada pemimpin bermulut cerobeh....
Bila sayur mahal disarankan rakyat makan kangkong
Bila ayam naik harga disarankan jangan makan ayam
Bila harga tol dinaikkan disarankan jangan guna jalan bertol ..
Bila dia dapat derma dia buat senyaaaaap je...

Bo patut meh!











Monday, December 14, 2015

Bangkai Gajah Tak Boleh Di....


.....tutup dengan tudung saji yang kecil....

Dok putar macam mana pun orang dok ingat tentang 2.6 bil masuk akaun sendiri.
Dok tegakkan benang yang basah macam mana pun orang akan persoalkan 1 apakebendanya MDB tuh!

Kes 2.6bil dan hal 1 apakebisnesyanguntungnyaentahkemana MDB tidak diberi penjelasan dengan setelusnya - tiba-tiba timbul isu nak jatuhkan kerajaan.
Bila pulak orang nak jatuhkan kerajaan? Nak jatuhkan president yang terima wang derma terus masuk akaun peribadi tu mungkinlah!

Takut nanti melarat peyakit derma masuk akaun peribadi. Kalu macam tu takyah susah-susah nak tubuhkan SPRM .

Pat Pat nya
Sapa dapat dia punya!




Wednesday, December 9, 2015

Golongan Muda Sekarang.....



....dah tak sama dengan orang-orang yang berada dalam golongan 6 series & 7 series ( bukan BMW je ada series orang pencen pun ada! )

Orang-orang tahap pencen ni sangat berpegang teguh pada parti - UMNO, PAS dan paling mutakhir PKR. PKR lebih dekat dengan orang muda sebab mereka ada peluang bergerak dan bergiat sebab PKR lebih terbuka keahliannya.
Lagi pulak orang muda lebih tertarik pada tokoh yang berwibawa / yang pandai cakap / yang mereka boleh identify diri mereka dengan pemimpin-pemimpin muda.

Masa PRU yang lepas ramai kawan-kawan bergaduh dengan anak-anak bila pegi mengundi - anak-anak pi sokong PR! Makbapak totok UMNO!

Sekarang ni tak tau lah macam mana...orang muda lebih kritikal...dan peka dengan keadaan semasa..



Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...