Thursday, January 7, 2016

Orang Kata....



Kena selalu melawat hospital sebab ia boleh mengingatkan kita betapa besar nikmat kesihatan yang Allah kurniakan.....

Saya ni dah 4 kali operation kaki....
Jatuh moto?
Apa lagi!
You?
Sama...operation kedua ....moto jugak!
Ha-ha..

Orang muda boleh gelak lagi walaupun kaki tangan dah patah riuk!

Berbeza dengan mereka yang agak berumur yang datang ke kelinik otopedik dengan bertongkat, berkerusi roda  kerana penyakit tulang yang disebabkan osteoporosis atau lain- lain yang menderita sakit dan kena bergantung pada ubat.

I dah lama sakit lutut ni...dah tak boleh berjalan jauh.....
Sekarang dah kena pakai tongkat, kalau tidak tak sedar  jatuh.
Nak solat pun kena duduk atas kerusi...

Keluhan ini biasa kita dengar bila dah masuk Kelab Orang Pencen!



No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...