Saturday, January 30, 2016

Sehari Di IJN



Terdengar perbualan antara beberapa orang ibu muda...
- anak saya dah selamat dibedah, tapi lepas tu kena jangkitan kuman dalam darah....
- anak saya pun masih dalam ICU  tekanan darah tinggi rendah tak menentu.
- anak saya dulu pun lepas kena bedah hati jadi bengkak..kena duduk lama dalam ICU
- memang biasalah macam-macam jadi selepas pembedahan jantung...ada yang rosak kotak suara..ada juga berlaku pendarahan paru-paru..

Rupa-rupanya ibu-ibu itu sedang menunggu anak-anak mereka pulih dari menjalani pembedahan jantung. Saya begitu kagum melihat mereka begitu tabah menghadapi ujian yang besar dari Allah.

Ada yang telah berada di IJN selama 4 bulan dan anaknya dah 8 kali dibedah. Setiap kali pembedahan dijalankan setiap kali harapannya tinggi melambung agar anak sihat dan dapat pulang ke rumah..

Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah jantung yang begitu kronik -  jantung berlubang, saluran jantungnya berbelit dan saluran itu pulak besar dari yang sepatutnya....

Walaubagaimana pun rata-rata kanak-kanak itu dapat diselamatkan setelah menjalani pembedahan jantung. Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya Dan ada jalan penyelesaiannya!




No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...