Tuesday, March 15, 2016

Bila Buat Salah...



Dah lama nak luang masa nak jumpa kawan-kawan sekelas. Masa sekolah dulu ada jugaklah kita ni ganah sikit....jadi rasanya nak kena jugak mintak maaf walau pun dah 45 tahun tak jumpa

Adui...kaki aku rasa berat macam tak boleh dah tak boleh nak melangkah lagi..uih...penatnya..
Sabar sikit Long tak jauh lagi dah!
Tadi engkau kata dekat je....
Tu hah dah nampak bumbung rumah dia!
Jauh tu! Masa kecik dulu aku rasa rumah Melah ni takdelah jauh macam ni !
Long....dulu masa kecik kita kuat lagi , ni....dah lebih setengah abad!

Peluh pun mengalir sampai ke keting!
Rupanya besar cabaran kalau kita nak mintak maaf ..

Bila bukak cerita zaman sekolah dulu...
Melah tergelak besar..
Aaahh, hal masa kecik pun nak ambik kira - aku pun dah tak ingat! Tah apa-apa engkau ni ( a.k.a macam buang tebiat pulak )

Semuanya berakhir dengan kegembiraan bila jumpa kawan lama!




No comments: