Friday, April 29, 2016

Seven Wonders Of The World?



Sebenarnya banyak lagi perkara ajaib yang ada di dunia ini jika kita melihatnya dengan mata hati..



















Pokok-pokok dalam gambar ini juga tidak kurang ajaibnya....tumbuh atas batu, hidup atas tanah yang kering kontang dan berdebu. Kalau kita tanam pokok  atas batu  dah tentu tak akan tumbuh punya.

MasyaAllah, Tabarakallah...
Izaa qodhoita amron an taquulaLahuu KUN FAYAKUN!



Tuesday, April 26, 2016

Antelope Canyon



Salah satu gaung di Bryce Canyon yang terletak di Selatan Utah. Orang ramai tidak dibenarkan datang secara bersendirian ke Kawasan Taman Negara ini, kena mengikut tour yang khas.

Pintu masuk ke dalam gua Antelope Canyon di Arizona

Laluan dalam gua dengan tiang-tiang hasil dari hakisan angin dan air apabila berlaku flash flood.
Hujan yang datang tiba- tiba menyebabkan air terjun ke dalam gua membawa pasir dan batang pokok melalui gua dan menghakis dinding gua..



Pandangan atas gua , cahaya matahari masuk menerangi gua dengan cahaya yang berlainan...



...mengikut masa yang tertentu . Paling cantik ialah cahaya pada pukul 11 pagi ( gambar ini pada pukul 10 pagi )



Dinding gua yang berlorek-lorek hasil dari hakisan angin menjadikan ia seolah-olah seperti batu yang berlapis-lapis



Kenderaan begini yang digunakan untuk membawa pelancong ke Antelope Canyon



Pemandu pelancong menunjuk cara mengambil gambar dalam gua ie
- set chrome dan jangan gunakan flash pada hp sebab batu-batu gua itu berkristal yang akan mematikan flash hp menyebabkan gambar jadi colourless...err..whatever..I don't understand the technical side of it .



Sunday, April 24, 2016

Grand Canyon




Pandangan dari atas Grand Canyon yang
kedalamannya antara 1500-3000m  , sesiapa saja yang melihatnya akan merasa gerun dan akan terasa keajaiban ciptaan Allah.

Seseorang akan dapat melihat dasar gaung melalui Skywalk yang berlantaikan cermin telus.

Grand Canyon terletak di Arizona. Jauh di dasar gaung mengalir Sungai Colorado sepanjang 446km dan lebarnya 29km dan kedalamannya menjangkau 1857m.






Gambar di atas dipanggil Eagle Point - kalau diperhatikan terdapat seperti seekor burung helang terpahat pada dinding gaung itu.




Sungai Colorado membelah gunung ganang Arizona dan terus mengalir ke Nevada, Wyoming dan Utah. Banyak aktiviti sungai yang dijalankan seperti camping , boating , trekking, kayaking and others.
Bagi yang menggunakan khidmat helicopter mereka dapat turun ke dasar gaung dan melihat Sungai Colorado dari dekat.


Sunday, April 17, 2016

Musim Silih Berganti





Musim sejuk berlalu, pokok yang dilihat seperti mati mula bertunas kembali.


Dan siang makin panjang...

Sepanjang jalan bunga berkembang

Setiap pokok...

.. setiap dahan dan ranting dipenuhi bunga..

..bermacam warna..
Bermulalah musim bunga....

Tapi negara kita sepanjang tahun musim bunga...
Orang-orang yang tinggal di negara 4 musim berkata...alangkah baiknya kalau musim bunga sepanjang tahun....



Friday, April 15, 2016

Sombong!



Semasa kami masuk ke kawasan transit di Jeddah Airport tiba-tiba kami dipanggil ..

Yallah,yallah...hena,hena...

Bila kami menghampirinya.....dia tanya..
Maid?
No , we are on transit.

Dia pun menunjukkan kami ke arah kaunter transit which is where we were heading earlier.
Setelah mendapat boarding pass ke destinasi seterusnya kami pun terus ke bilik menunggu.

Saya sakit hati sangat kat nate tok Arab tu sebab bila nampak orang Melayu, Indonesia atau Filipino ( yang lebih kurang sama kulit dan rupa ) mereka ingat kami ni masuk ke Jedah sebagai pembantu rumah. Memang deme tu mate bute -kalu nak jadi maid tu kenalah orang yang berumur 40 ke bawah...

Bukanlah nak kata , airport tu buruk je yang gahnya ialah kawasan tax free yang menjual barang-barang kemas dan lain-lain barang yang berjenama.

Boarding time, punyalah kecoh macam pasar malam riuh rendah dengan announcement dan flight delays dengan penumpang-penumpang yang penuh sesak ke destinasi terutamanya ke Amerika Utara dan Selatan dan lain-lain negara Eropah terutama England.
Calling for first class and biz kelas untuk internal flights bertalu-talu sebab dia sangat penting bagi orang-orang Arab yang terbang kelas pertama dan kelas bisnes tu...

Dengan kekecohan yang teramat sangat tu saya pun terfikir - kalu dah kepoh macam nak rak panggil je orang Malaysia pegi buat keje kat airport tu mungkin ia lebih teratur dan tak kelam kelibut....







Wednesday, April 6, 2016

Harga Sebuah Doa


Semua doa tidak memberi erti melainkan kita benar - benar menghayatinya.

Seorang ahli keluarga meluahkan perasaannya setelah pulang dari menjalankan ibadat Umrah....katanya..
Saya tak malu menangis sebab sakit sangat kaki saya. Ketika melangkah hendak melakukan saie seluruh kaki saya terutamanya paha saya rasa berat macam batu, setiap langkah saya berjalan rasa macam nak putus urat kaki. Saya pun ke tepi dinding menahan sakit sambil berdoa,
Ya Allah dulu aku muda tenaga masih kuat tapi ilmu kurang, aku beribadat pada Mu Ya Allah dengan sambil lewa saja. Kini setelah umurku meningkat dan telah memahami erti ibadat, kekuatanku telah pun ditarik balik. Aku mohon padaMu Ya Allah supaya........
Panjang lebar jugaklah doa dia pada Allah pada masa tuh.....

Bagi diri saya pula ketika hendak bermusafir kawan-kawan saya telah mendoakan saya agar selamat pergi dan selamat balik, semoga dipermudahkan urusan saya dan disihatkan tubuh badan saya. Tak pernah lagi saya menghargai doa kawan -kawan sebegini rupa. Setelah saya mengalami sedikit ujian dari Allah serasa doa saya terhadap Allah bagaikan tidak mencukupi. Setiap doa dari ahli keluarga dan kawan-kawan sangat berharga bagi saya.







Monday, April 4, 2016

Bila Hujan Turun


Seronok jugak tengok hujan melalui tingkap.
Tempias hujan menyejukkan muka...


Masa kecik bila hujan macam pesta boleh mandi hujan ....



Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...