Wednesday, May 18, 2016

Hari Pelupusan


Diadakan setahun sekali di NYC



Satu tempat khas yang jauh dari penduduk diperuntukkan sabagai pusat pembuangan bahan bertoksik dan juga bahan-bahan letronik untuk penduduk New York City sahaja. Hanya kereta berplet New York  yang dibenarkan masuk ke kawasan pembuangan.

Setiap kereta yang sampai menunggu giliran masing-masing. Penguatkuasa akan membuka but kereta untuk mengambil bahan buangan yang dibawa...pemandu tidak perlu keluar dari kereta masing-masing. Cara ini lebih cepat dan efisyen.

Bahan buangan seperti TV dan komputer diasingkan setempat dan dibalut rapi.

Bahan-bahan cecair yang masih belum diguna diasingkan



Lori-lori  yang besar digunakan untuk barang-barang letronik dan letrik



Bahan-bahan dan cecair bertoksik dilupuskan ke dalam lori tangki seperti cat , bahan pencuci, baja, racun dan lain-lain bahan kegunaan domestic.

Pendek kata kalau terlepas tahun ini mereka kena tunggu setahun lagi baru boleh buang bahan bertoksik dan barang-barang letronik dan barang-barang letrik!







No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...