Sunday, June 26, 2016

Ayam Menang Kampung Tergadai



Saya teringat tentang sebuah cerita penglipur lara - Pak Kadok yang mempunyai seekor ayam sabong yang bertuah yang sentiasa menang bila bersabong. Pak Kadok pun sibuklah ke sana ke mari mempertaruhkan ayam sabungnya tu!

Suatu hari seorang pembesar di sebuah kampung yang berdekatan telah mengajak Pak Kadok bertanding menyabong ayam. Pak Kadok setuju.
Di hari pertandingan itu Pak Kadok pun tibalah ke gelanggang membawa ayam bertuah kesayangannya untuk berlaga.

Pembesar kampung itu sudah tahu kehebatan ayam sabong Pak Kadok . Dia pun mencari akal nak menipu Pak Kadok yang tak berapa tinggi IQ tu. Dia memuji-muji kehebatan ayam Pak Kadok - akhirnya ia termakan dek puji- pujian itu. Apabila diajak bertukar ayam sabong dengan bangang dan baghalnya Pak Kadok pun setuju!

Sebelum menyabong ayam dimulakan syarat-syarat pertandingan pun dibaca...

- Kalau menang jangan mendabik dada, jangan melompat - melompat dalam gelanggang , jangan melambong destar dan jangan menghunus keris.

- Kalau kalah kampong masing-masing akan tergadai.

Kedua-dua belah pihak akur dengan syarat-syarat itu.


bersambung....



No comments: