Tuesday, June 21, 2016

Raya,Raya,Raya!



Bukak cerita menyambut raya orang dulu - mesti nak tukar langsir tingkap dan tukar sarung kusyen . Ada yang lebih ekstreme lagi iaitu tukar sofa baru, karpet baru dan cat rumah. Depa kata tingkap rumah orang dulu kecik,  kain langsir murah dan cepat luntur kena cahaya matahari. Tapi semua orang gembira masuk ke rumah untuk beraya.Tak kisah habis kusyen kena lenjan dek anak cucu dan anak-abak sahabat handai.Tapi tuan rumah redha sebab mereka tu dok mai nak beraya! Biaq pi la!

La ni orang buat rumah besar, cantik dan perhiasan mahal-mahal tapi bila jemput orang datang ke rumah layan dan jamu tetamu di luar rumah. Ada yang kata mana boleh bukak rumah kalau orang datang ramai-ramai nanti barang dalam rumah kena curi atau habis jahanam harta benda....walhal orang-orang  yang dijemput tu semua yang terpilih bukanlah any Tom,Dick and Harry.......
Tapi kalau dah buat open house besar-besaran macam kenduri kahwin kenalah sewa kemah...





No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...