Friday, June 10, 2016

Renungan Di Bulan Ramadhan..



...tentang seorang sahabat, R yang telah beberapa lama mengidap insomnia. Badannya kian lama kian kurus kerana tak dapat tidur malam dan waktu siang pula hanya dapat terlelap sekejap-sekejap sahaja...

Dah rata R pergi berubat..doktor,bomoh,ustaz..semua dah...tapi kurang berhasil. Sampaikan dah macam zombie mata celik je tak boleh tidur..

Rakan-rakan pun tak putus asa bagi petua tu, petua ni, baca surah tu, surah ni, minta air jampi kat orang-orang alim...tapi..dok tetap insomnia jugak..

Apabil R mendapat cucu, insomnianya dah sangat berkurangan, katanya tidur dia dah ok. Siang hari penat menjaga cucu malam dia keletihan. Bila dah dapat tidur, muka pun dah merah badan pun dah berisi.

Sebulan dua yang lepas saya bertemu dengan R dan bertanya kabar tentang dirinya...rupanya dia...dah tak dapat tidur balik...

...tapi saya dah redha, kalau dah takdir begini saya terima secara positif. Saya buat kerja saya waktu malam, saya solat sunat , saya baca Al Quran banyak-banyak. Saya tak nak  berbalah dengan insomnia. Kalau dah tak boleh tidur malam dia tukar malam dia jadi siang! Kalau siang dapat terlelap sikit-sikit pun jadilah..

Saya doakan R cepat sembuh. InsyaAllah mana tahu dalam keadaan dia tak memikirkan sangat tentang masalah insomnia tu mungkin dia boleh sedikit sebanyak tertidur dengan sendirinya....
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah!







4 comments:

Kak Yong said...

Student sy pun menghidap insomnia. Kesian sebab sampai ponteng sekolah.

Semoga kawan KR cepat sembuh. Try minum susu pagi dan sebelum tidur. Ada kata itu boleh buat kita ngantuk.. Hmm

Kak Yong said...

Student sy pun menghidap insomnia. Kesian sebab sampai ponteng sekolah.

Semoga kawan KR cepat sembuh. Try minum susu pagi dan sebelum tidur. Ada kata itu boleh buat kita ngantuk.. Hmm

Kerabu Jantung said...

Susah jugak kalau tak boleh tidur ni..
Boleh mengganggu kehidupan harian seseorang.

Kerabu Jantung said...

Susah jugak kalau tak boleh tidur ni..
Boleh mengganggu kehidupan harian seseorang.