Thursday, July 28, 2016

Kulat..


.
..atau cendawan..

tumbuh pada batang kayu buruk atau kawasan yang berhampiran dengannya..



Tuesday, July 26, 2016

Tunggu Dan Lihat


Sambil menunggu siapakah sebenarnya Malaysian Official 1 dan patutkah dia disabitkan dengan kesalahan ' money laundering' atau dia tidak bersalah / tidak tahu menahu / tidak terlibat /  sumpah , lillah tak guna duit rakyat untuk bermewah-mewah.....

Marilah kita lihat pokok-pokok buah-buahan yang menghijau ditanam di luar pagar rumah - rumah kediaman.




Sungguh menyejukkan pandangan dan menenangkan hati orang yang melihatnya!
(walaupun ada yang teringin memetiknya - tapi hak orang, kita diajar jangan ambik hak orang! ).
Kalau nak bergaya, perasan nak join the billionaire's club , kena ukur baju dibadan sendiri, jangan pegi merompak , menyamun dan menjarah......buat malu je......


Monday, July 18, 2016

Jangan Dengar Cakap....


.....doktor?

Menunggu giliran berjumpa doktor tak terasa lama dan tak menjemukan pada kali ini sebab saya berada ditengah-tengah kumpulan yang sedang rancak bersembang...

Kalau gula naik nanti doktor bising...

Memang betul, sebab tu I tak berani kalau tak makan ubat

I selalu je tak makan ubat, malas nak makan nanti banyak pulak dapat side effect...

Haah , macam I , tak makan sangat ubat doktor, I lebih suka ubat alternatif dari jenis herba yabg takde side effect.

Doktor suka dok tambah ubat, you tau ubat kolesterol boleh buat orang jadi pelupa dan juga penyebab kanser!? Kalau doktor bagi you ubat
kolesterol you kena beritau  doktor - this can lead to canser!

Eh, iya ke?

Sebab tu doktor suruh makan sebiji setiap malam I makan separuh je!


Ikut akaklah dah pandai sangat mengalahkan doktor....





Wednesday, July 13, 2016

Raya Belum Habis Sebulan!


Seorang sahabat membuat sate sejuk beku bagi pelanggan-pelanggan kategori orang pencen yang tak ada tukang masak kat rumah. Mudah saja menyediakannya - defrost sekejap kemudian masuk mikrowave dalam 30-40 saat. Atau kalau rajin lagi bolehlah panaskan dalam oven atau atas dapur gas..

Satu paket mengandungi 15 cucuk sate ayam atau daging


Kuah sate instant bancuh saja dengan air panas juga boleh mikrowave selama seminit...


Ready to serve!

Dengar kata harga ayam dah melambung naik...
pendek kata tak lama lagi dah tak mampu makan sate ayam. Mungkin ada alternatif lain contohnya sate tahu perisa ayam ...


Wednesday, July 6, 2016

Kueh Raya.....


Kueh raya Chah memang sedap, setiap tahun saya pasti oder dengan dia - semprit dan dahlia. Rasa lebih kurang sama tapi masing-masing ada kelebihan sendiri...

Selalunya bila hantar kueh Chah ceria je, kali ini Chah agak lemau....

Apa kena engkau Chah akak nampak tak bermaya je....

Tu lah kak saya ni risau benar, duit jual kueh raya ni dah tak berapa cukup untuk belanja raya...barang semua naik harga!

Engko kena buat lebih sikit kuih tu boleh jual banyak tempat

Tangan dua je kak...tu pun abang Kasim tolong Chah masukkan kuih dalam balang bila balik keje!
Entahlah kak, orang kaya dapat derma 2.6 beliyon , yang kita ni membanting tulang nak dapat rezeki lebih..

Ewah Chah...cakap politik nampak?

Abang Kasim kata kalau duit tu bagi kat setiap rakyat Malaysia sejuta seorang pun tak luak lagi 2.6 beliyon tu...
Abang Kasim kata satu beliyon tu macam ni kak...
1,000,000 x 1,000...

Wah , pandai laki engko buat kira- kira..