Wednesday, July 6, 2016

Kueh Raya.....


Kueh raya Chah memang sedap, setiap tahun saya pasti oder dengan dia - semprit dan dahlia. Rasa lebih kurang sama tapi masing-masing ada kelebihan sendiri...

Selalunya bila hantar kueh Chah ceria je, kali ini Chah agak lemau....

Apa kena engkau Chah akak nampak tak bermaya je....

Tu lah kak saya ni risau benar, duit jual kueh raya ni dah tak berapa cukup untuk belanja raya...barang semua naik harga!

Engko kena buat lebih sikit kuih tu boleh jual banyak tempat

Tangan dua je kak...tu pun abang Kasim tolong Chah masukkan kuih dalam balang bila balik keje!
Entahlah kak, orang kaya dapat derma 2.6 beliyon , yang kita ni membanting tulang nak dapat rezeki lebih..

Ewah Chah...cakap politik nampak?

Abang Kasim kata kalau duit tu bagi kat setiap rakyat Malaysia sejuta seorang pun tak luak lagi 2.6 beliyon tu...
Abang Kasim kata satu beliyon tu macam ni kak...
1,000,000 x 1,000...

Wah , pandai laki engko buat kira- kira..





No comments: