Wednesday, July 13, 2016

Raya Belum Habis Sebulan!


Seorang sahabat membuat sate sejuk beku bagi pelanggan-pelanggan kategori orang pencen yang tak ada tukang masak kat rumah. Mudah saja menyediakannya - defrost sekejap kemudian masuk mikrowave dalam 30-40 saat. Atau kalau rajin lagi bolehlah panaskan dalam oven atau atas dapur gas..

Satu paket mengandungi 15 cucuk sate ayam atau daging


Kuah sate instant bancuh saja dengan air panas juga boleh mikrowave selama seminit...


Ready to serve!

Dengar kata harga ayam dah melambung naik...
pendek kata tak lama lagi dah tak mampu makan sate ayam. Mungkin ada alternatif lain contohnya sate tahu perisa ayam ...


No comments: