Thursday, October 27, 2016

Bangkai Gajah Dah....


....dihurung dek langau! Baunya merebak seantero dun'ya..

Amat tak patut sekali kalau sesuatu yang dah diketahui umum masih lagi tak nak mengaku. Berita dah tersebar luas @ semua orang dah tahu maka ianya bukanlah rahsia lagi. Jadi tak usahlah disorok atau dipertahankan...

Cara mempertahankan boss yang terkantoi big time tu pulak tidak dibuat secara berhemah , tetapi dengan cara yang tidak boleh diterima ramai dan mendatangkan kebencian rakyat yang mendengarnya atau yang membacanya! Boss dah menjarah perbendaharaan negara..agak-agaklah sikit kalau nak defend boss yang berlumuran dengan bau busuk tuh!

Tok Selampit yang tak pernah sekolah ( dok asyik gesek biola sambil bercerita Hikayat Penglipur Lara kat kampung paling ulu ) pun dah tahu hal IMDB! Sapa yang dok pi bawak mulut? Anak cucu dia lah yang tukang ghoyak kat tok dia , mugo anak cucu dah pandai baca Asian Wall Street Journal weh!

Rumah dah nak roboh dimakan dek anai-anai , demo dok gi buat sibuk nak cat baru, nak buat landscaping bagi rumah nampak lawa..
Oiii.....buanglah kayu yang dah berdarang kena makan anai-anai tu - ganti dengan kayu baru bagi rumah tegap semula!!!



No comments: