Friday, October 14, 2016

Orang Muda Lebih Perihatin!


Apabila bertanya kabar dengan anak buah yang tinggal berjauhan.....kita pun berpesanlah pada anak muda berumur 18 tahun supaya jaga diri baik- baik..

Tak sangka jugak anak muda pandai menasihati kita ni yang hampir senja

Makan kena jaga maklong kurangkan minyak dalam makanan....bahaya lah....

Rupa-rupanya ada di kalangan orang muda yang berhati-hati dengan pemakanan mereka.

Tak dapat dinafikan ramai jugak golongan veteran yang terjerumus ke lembah penyakit darah tinggi, gula tinggi dan kolesterol tinggi dan tak menghiraukan apa yang mereka makan..dan kedegilan mereka enggan memakan ubat berkala yang dihadiahkan oleh pihak hospital pada mereka tu tidak dapat dinafikan lagi!


Paras gula aku dah tinggi sekarang dah melebihi 6
Ah, 5-6 tu paras gula budak sekolah
Habis engkau berapa?
10!
10? Berani pulak minum teh tarik ni?
Eh! biasalah, ok je!

Eh banyaknya engko makan durian? Bukan ke engko ada darah tinggi dan kencing manis.. nanti pening!
Ok je..aku boleh habis 3 biji deriyan sekali makan!

Engko makan ubat betul- betul tak?
Ah....bukan elok makan ubat hospital hari- hari, buat mudarat je. Baik makan herba takde side effect..
Habis engko makan ubat herba tu betul-betul ke?
Tengoklah kalu aku rasa tak sehat aku makanlah...kalau sihat buat apa makan ubat?









No comments: