Tuesday, November 29, 2016

Balik Kampung


Sedih jugak tengok kedai lama yang telah roboh dimakan usia dan ditinggalkan begitu sahaja sejak sekian lama..





Lorong ini tidak membangun, kedai- kedai baru telah dibina di tempat lain.



Tuesday, November 22, 2016

Duit Berbiliyon Bukanlah...


.....pengukur kebahagian seseorang...
tambahan pulak duit yang ada itu didapati secara tipu belit dan auta..

Bila dah jadi bilionaire segera seluruh dunia akan buka mata dan mengangkat kening. Sudah tentu pergerakan that nouveau riche di serata dunia , segala perbelanjaan dan simpanan mereka dapat dikesan dan berita kemewahan mereka menjadi hiburan kepada pembaca.

Kebahagiaan menjadi okb tidak terhingga, kemewahan yang ditunjukkan secara melampau itu akhirnya menjerat diri sendiri...

Dapat pitih belanar pong dok leh nok gi shopping kat London , Paris , New York , Italy doh lo ni... sebab ramai tukang sprong yang nak dedahkan aktiviti pengklepet. Takkan pulak nak shopping kat Hongkong dan Shanghai je kut....



Pendek kata ada duit berlambak dan ada kuasa pun kalau tak kena gaya, hidup dalam kesunyian jugak!




Monday, November 21, 2016

From The Dropbox



Basement shop selling antique plates in Lower Manhattan



This basement shop offers scented candles among others..


Wednesday, November 16, 2016

From The Old Dropbox



The old world of witchery...


Those days witches were hung in the dungeon or burnt alive on stakes in public!
Witches now are safe from cruel punishment because they don't fly on old brooms or cast spells on innocent people - they just go shopping with money that fell from the sky!


And they don't look mean , skinny and ugly.....wearing the funny hats and drinking frog soups!







Wednesday, November 9, 2016

Alahai.....



Bagi orang benci dan sakit hati...

Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara!

Amende ni?  Sudah- sudahlah tu, jangan takut bayang-bayang sendiri hadapilah kenyataan...

Macam tak percaya pulak kerajaan memantau dan memblock blog-blog yang tak mesra kerajaan aka mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran. Kenapa begitu? Nampak peliklah!

Kalau tak kerana sesetengah blog yang mendedahkan perihal 2.6b terbang masuk dalam akaun peribadi  ( yang sudah pun diperakuinya ) kami rakyat marhaen ni tak akan tau apa-apa - jadi bodoh dan bangang dok sanjung pemimpin, hormat, memuji dan menaruh harapan tinggi agar negara bertambah maju, bertambah kaya, rakyat bertambah makmur dan terkenal seantero dunia. Sedangkan pada hakikatnya tidak begitu.

Seorang pemandu teksi di sebuah bandar besar
Where are you from?
Malaysia!
Oh, I heard that your ......?
Maka terkulat- kulatlah hamba Allah tu nak menjawabnya...
Macam tak percaya kan?

Yang dok jaga alam cyber di Malaysia ni janganlah dok main aci lut block sana block sini , orang ramai naik benci! Kita ni kat Korea Utara ke?!

Nok ghoyak bui orang tahu belaka doh....biar orang buat pertimbangan sendiri pro dan kontra secara adil.....barulah telus!

New Millennium maa...




Monday, November 7, 2016

Hidangan Shell Out!


Ingin cuba hidangan cara baru?

Shell out ialah pelbagai makanan laut yang dimasak dengan pelbagai cara dan dihidangkan secara buffet.
Sayur-sayuran , iaitu jagung direbus, karot, cauliflower dan broccoli dicelur dan terung digoring sebagai hidangan sampingan.


Boleh buat sendiri kat rumah Everybody's favorite ialah sotong goreng celup tepung, ketam masak cili , udang goreng butter, lala atau kepah ( tiada di sini ) jadi ditambah ikan goreng belah belakang!

Makan nasi sikit saja iaitu ukuran satu mangkuk kecil/sederhana untuk satu hidangan. Tak perlu pakai pinggan , hidang sahaja atas hamparan alas plastik ( boleh beli kat kedai lima ringgit - Daiso ) Lepas makan basuh alas plastik dan boleh diguna semula - nak buang pun ikut suka tak payah teruk- teruk basuh pinggan mangkuk sudu garfu!
Atau lebih baik lagi boleh hidang atas daun pisang - lagi menarik, lagi mudah - lepas makan buang jer daun pisang tuh!








Friday, November 4, 2016

Langit Petang



Cahaya petang bewarna jingga



Menandakan masuk waktu Maghrib



Habis waktu matahari tenggelam diikuti pula dengan cahaya malam


Sama sahaja cahaya di langit dan di bumi








Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...