Monday, November 7, 2016

Hidangan Shell Out!


Ingin cuba hidangan cara baru?

Shell out ialah pelbagai makanan laut yang dimasak dengan pelbagai cara dan dihidangkan secara buffet.
Sayur-sayuran , iaitu jagung direbus, karot, cauliflower dan broccoli dicelur dan terung digoring sebagai hidangan sampingan.


Boleh buat sendiri kat rumah Everybody's favorite ialah sotong goreng celup tepung, ketam masak cili , udang goreng butter, lala atau kepah ( tiada di sini ) jadi ditambah ikan goreng belah belakang!

Makan nasi sikit saja iaitu ukuran satu mangkuk kecil/sederhana untuk satu hidangan. Tak perlu pakai pinggan , hidang sahaja atas hamparan alas plastik ( boleh beli kat kedai lima ringgit - Daiso ) Lepas makan basuh alas plastik dan boleh diguna semula - nak buang pun ikut suka tak payah teruk- teruk basuh pinggan mangkuk sudu garfu!
Atau lebih baik lagi boleh hidang atas daun pisang - lagi menarik, lagi mudah - lepas makan buang jer daun pisang tuh!








2 comments:

ngasobahseliman said...

Wah! boleh trylah....style nasi ambeng Jawa juga. Tak guna pinggan mangkuk sudu dll. Tq for the idea.

Kerabu Jantung said...

This is the in thing now according to my children. Kita ni pun try lah buat sendiri!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...