Friday, December 2, 2016

Balik Kampung Naik ETS!



Senang dah nak balik Kedah @ Sungai Petani la ni

Naik KTM - keretapi berkuasa letrik ekspress ( Kelas Platinum ) KL-Sungai Petani hanya memakan masa 3jam 50 minit sahaja ( tak sempat lenguh belakang dan bengkak kaki ).


Sangat istimewa keretapi ni, baru, well maintain, ada tv, bistro, tempat solat dan yang paling penting tandas yang bersih dan sentiasa dicuci.


Stesen ETS yang bersih dan ruang menunggu yang luas....


Dapat melihat pemandangan di luar keretapi -
 tasik, sungai, pokok-pokok, sawah padi, bandar dan kampung- kampung yang terpencil. Kita juga dapat melihat kawasan kilang dan kawasan gelandangan yang sangat tidak teratur , kotor dan bersepah ( jika naik kereta melalui jalan raya/ highway kita tidak nampak semua ini  ) apabila hampir masuk ke Kuala Lumpur.


ETS yang pertama beroperasi ke utara tanahair ialah ialah dari stesyen KL Central ke stesyen Ipoh.


Makanan dan minuman disediakan. Penumpang tidak dibenarkan membawa makanan sendiri - tapi ramai yang tidak mematuhinya ( including yours truly ) sebab ramai yang tak boleh kenyang dengan hanya biskut- biskutan. We need real food! terutamanya antara pukul 12 - 2 tengahari! Walaupun begitu kebanyakan penumpang makan dengan cermat dan ada petugas akan mengambil sampah semasa peak time. Lagi pulak makanan yang dijual terlalu mahal berbanding dengan mutu makanan yang disediakan!



No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...