Tuesday, May 31, 2016

Sambil Menunggu...


..pelandok yang lupakan jerat tapi jerat tak akan melupakan pelandok....
Hiburkan hati dengan keindahan alam ciptaan Tuhan....




Dengan diiringi doa supaya jerat cepat membidas!!


Wednesday, May 25, 2016

Tanggungjawab Siapa?



Kalau pemimpin utama negara tidak amanah , siapakah yang bertanggungjawab membetulkannya?

Menteri Kabinet?
Peguam Negara?
Gabenor Bank Negara?
Ketua Polis Negara?
Ketua Audit Negara?
MACC?
Alim Ulama dan Ahli Fatwa?
Parti pembangkang?
Tok Batin?
Tok Bomoh?
Tok Penyadap?
Tok Kadok?
Rakyat Jelata?

Atau pun pakat buat derk jer ?

Kerana takut hilang jawatan dan  takut hilang kuasa?
Kerana telah disekat?
Kerana telah diugut?
Kerana rahsia berada berada di dalam genggaman?
Kerana dah termakan suapan?
Kerana dah tak ada rasa tanggungjawab?
Kerana fikirkan kesenangan diri dan ahli keluarga sendiri sahaja dan rakyat keseluruhannya dibiarkan terkapai-kapai?
Kerana memang muka tak malu?
Kerana tidak ada keinsafan tentang halal haram?
Kerana ingat kuasa boleh kekal sampai bila-bila?
atau
Kerana ingat orang tak tahu apa yang sedang berlaku?

Nok ghoyak bui....Semua orang tahu dah!!!












Sunday, May 22, 2016

Sembang Di Musim Kenduri Kawin



Ramai juga yang menambah nasi kenduri hari ni. Bukan saja lauk sedap dan pengantin lawa tapi takde sembang yang sumbang pada kali ini.

Nampaknya semua yang hadir telah bersatu hati...
2.6b masuk akaun sendiri itu adalah satu perbuatan yang salah yang tak bermoral dan tak boleh dimaafkan atau pun dihalalkan!

Walau bagaimana pun ramai yang tak gembira - depa kata BN masih boleh menang pada pilihanraya kecil kali ni sebab BN boleh tabur duit. Pembangkang pulak macam hantu tak bertuan.....dok berkerkah sesama sendiri....

Ada kata PAS dah tak relevan, tak boleh menang.
Ada kata Amanah lepas ni akan lenyap di bumi Malaysia sebab jadi kuda tunggangan DAP. Depa pun sangat risau kalau BN menang,  pee em akan menjadi kuat dan lebih berkuasa. Rakyat akan sengsara.

Oleh kerana ada satu lagi kenduri lagi tak dapatlah saya mendengar perbincangan yang makin lama makin hangat tuh.....harap-harap takde yang bertegang urat mempertahankan pendapat masing-masing!



Wednesday, May 18, 2016

Hari Pelupusan


Diadakan setahun sekali di NYC



Satu tempat khas yang jauh dari penduduk diperuntukkan sabagai pusat pembuangan bahan bertoksik dan juga bahan-bahan letronik untuk penduduk New York City sahaja. Hanya kereta berplet New York  yang dibenarkan masuk ke kawasan pembuangan.

Setiap kereta yang sampai menunggu giliran masing-masing. Penguatkuasa akan membuka but kereta untuk mengambil bahan buangan yang dibawa...pemandu tidak perlu keluar dari kereta masing-masing. Cara ini lebih cepat dan efisyen.

Bahan buangan seperti TV dan komputer diasingkan setempat dan dibalut rapi.

Bahan-bahan cecair yang masih belum diguna diasingkan



Lori-lori  yang besar digunakan untuk barang-barang letronik dan letrik



Bahan-bahan dan cecair bertoksik dilupuskan ke dalam lori tangki seperti cat , bahan pencuci, baja, racun dan lain-lain bahan kegunaan domestic.

Pendek kata kalau terlepas tahun ini mereka kena tunggu setahun lagi baru boleh buang bahan bertoksik dan barang-barang letronik dan barang-barang letrik!







Monday, May 16, 2016

Goodbye NYC!




Early April the trees are still bare..due to winter




By May the leaves are getting greener...


Elsewhere flowers are blooming..
Springtime is here
And summer is around the corner...



Friday, May 13, 2016

Tuesday, May 10, 2016

Central Park....



.......menjadi tumpuan pelancong asing

Naik subway ke Central Park



Kawasan kolam Bethesda Fountain sebagai tarikan utama



Berjalan-jalan dalam taman


Bunga tulips berbagai warna - hitam putih yang jarang dijumpai



Pink tulips yang menawan..



Daun-daun yang baru tumbuh setelah lama kekeringan dimusim sejuk


Pelbagai aktiviti dijalankan , berjogging, berbasikal atau naik kereta kuda...


Serta berkayak dalam tasik


Mengambil angin sambil melihat keseberang jalan ke arah Midtown Manhattan



Sambil berihat sebentar makan cashew bersalut gula yang dijual oleh seorang Bangladeshi yang telah tinggal di sini lebih dari 15 tahun.


Lepas tu naik subway station Fifth  Avenue 53rd Street balik ke Forest Hill 67th Street, Queens.

Sebenarnya Central Park sangat luas tamannya, tak terjalan dengan kaki. Kita boleh ambil special tour around Central Park .





Friday, May 6, 2016

Gotham City!


The bright light of Times Square..











Mom and doter..and her ant..dok berposing dekat polis berkuda.








Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...