Saturday, January 21, 2017

Macam Rumah Tak Bertuan..


Masa dulu saya nampak pembangkang sangat desperate nak mengalahkan parti pemerintah. Pelbagai isu di ketengahkan seperti rasuah, salahguna kuasa, kronism dan lain-lain lagi. Masa tu ramai yang belum nampak kepincangan yang ada dalam pentadbiran kerajaan.

Saya pun selalu berfikir apa lah dorang ni...semua kerajaan buat tak betul. Ada je salahnya! Sedangkan negara aman makmur, rakyat rata- rata hidup senang.

Tapi sekarang  saya pulak yang sungguh desperate - kenapalah MOI tak meletakkan jawatannya dengan sukarela sebab banyak kepincangan sedang berlaku. Rakyat marhaen hidup tertekan sebab harga barang melambung naik, kos sara hidup semakin tinggi dan dihempap pulak dengan bayaran GST ( semua barang naik harga tak kira yang sepatutnya kena gst atau tak kena gst ). Sepatutnya bukan semua barang dan perkhidmatan ada gst kan?

Setiap pagi bangun tidur dok berharap ada perubahan berlaku dalam negara - tiba- tiba menteri-menteri kabinet buat keputusan tak nak lagi bersekongkol dengan ketua yang salahgunakan wang negara, jadi mereka pun ramai- ramai menjalankan undi tak percaya ( walaupun dalam hati memang tak nampak jalan menteri- menteri tu nak membantu rakyat jelata )

Atau tiba-tiba AG tarik balik keputusannya dan ingin menyemak balik keputusannya...

Atau pihak polis siasat moi sebab duit negara yang hilang 2.6b itu lebih besar dari kes rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan yang jumlahnya tak sampai pun 1,000 juta kalau dicampur semua.....takkan tangkap ikan puyu je ikan jerung tak berani rapat!

Pendek kata kami rakyat marhaen ni merasa begitu kecewa - seolah- olah undang-undang dan penguatkuasaan sudah tak berguna lagi , takde makna dan tak boleh diguna pakai.....sedangkan orang yang diharapkan menjalankan tugas yang sepatutnya telah berpaling tadah!







No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...