Thursday, March 16, 2017

Jangan Lupa Tinggalkan Wasiat!


Sekarang ni ramai orang dah sedar betapa penting meninggalkan wasiat ke atas anak isteri untuk melindungi anak isteri jika mereka tiba- tiba..'disable'...

Sebelum jadi apa-apa elok juga dibagi- bagikan siap-siap harta yang banyak tu pada anak2. Ada yang kata kita boleh bagi lebih pada anak yang tersayang atau pilih harta mana nak bagi kat anak mana.

Menurut kata tok guru kalau nak bagi harta pada anak2 kena bagi ikut faraidh. Kalau tidak akan timbul tak puas hati terhadap ibubapa, dengki mendengki yang akan menyebabkan perbalahan adik beradik.

Sebenarnya dah ada berlaku pada seseorang yang membahagi-bahagikan rumah dan tanah di antara anak-anaknya. Katanya sebelum mati biar selesai masalah harta. Apa yang berlaku ialah adalah seorang dua anak yang keras kepala mempersoalkan pemberian itu. And you don't ever say....harta tu mama/papa punya ikut suka nak bagai apa kat sapa....nanti yang keras kepala tu terus tak balik jenguk you!

Ada yang begitu nekad tukar rumah yang didiami atas nama anak. Baik- baik sikit weh kalau anak kaki judi/ berniaga tak jadi - ada kemungkinan rumah kena jual atau kena gadai. Kalau anak perempuan pulak...kalau laki dia putar alam atau jahat akal tak suka duduk dengan mertua...camno?

'Ala kulliy hal jaga bebaik harta tuh ! Jangan jadi fitnah ke atas diri kita dan anak pinak kita...



2 comments:

Muhamad said...

Assalamualaikum Puan...saya masuk melalui post mushaf riwayat syu'bah...boleh saya tahu macam mana cara saya boleh dapatkan mushaf quran syu'bah yang ada khilaf hafs di tepinya?

Kerabu Jantung said...

Waalaikumussalam En Muhamad,
Boleh kontek Ustaz Rahim 013-3424252
Beliau ada mushaf syu'bah dan lain- lain qiraat.