Tuesday, March 7, 2017

Rasa Macam Nak Kiamat!


Seorang ibu mengadu pada saya , anaknya seorang doktor tak pernah ambik berat tentang dia. Kalau dia mengadu sakit anaknya nasihat suruh berihat dan suruh teruskan makan ubat yang dok makan  selama ni - ubat kolesterol, kencing manis dan darah tinggi.

Bila akak  mengadu sakit dia buat relaks je, kalau patient dia yang sakit kat hospital bukan main sibuk lagi dia..

Akak oii...kat sepital tu pesakit dok terlantar atas katil dah tak boleh bergerak. Akak sakit-sakit pun makan lalu , dok pegi sana sini lagi...

Rupanya doktor ni kalau sakit barulah buat macam-macam untuk menyihatkan pesakit. Kalau kita rasa- rasa macam sakit pada hal tak sakit bukan satu masalah bagi mereka.

Sudah beberapa lama saya mengalami bengkak tonsil dan sakit tekak ( tekak merah dan demam ). Bila dapat antibiotik baru reda lepas sebulan dua jadi balik. Jadi saya pun risau bukan main biji di leher bawah telinga tak hilang-hilang. Bila tanya doktor takde masalah katanya. Kita ni pun naik phobia .....ai, betul ke takde masalah?

Baru-baru ni apabila saya demam dan ada beberapa biji lymph nodes di leher doktor pun terus bagi antibiotik dan kalau bengkak tidak surut jugak datang lagi jumpa dia. Bila pergi kali kedua doktor pun meluahkan kerisauannya tentang biji - biji tuh! Suruh pegi ambik darah segera - lepas 15 minit terus dapat result - darah ok. Alhamdulillah.Lepas tu kena buat saringan tb pulak - gedebak gedebuk darah tinggi pun melonjak naik 151/85!

Darah puan tinggi sikit!

Macamana tak tinggi dok stress bukan main , mula- mula takut cancer lepas tu takut tb pulak!

Alhmdulillah, result saringan tb ok.

Doktor kata I'm okay , yang biji- biji dileher tu bengkak kelenjar.
Macamana tekak yang selalu merah dan biji-biji tonsil tu?
Berkumur air garam selalu!
Kena makan apa-apa ubat?
Takde, you're okay!

ALHAMDULILLAH! Insya Allah semoga Allah selamatkan saya

Kalau sakit tekak dan bengkak tonsil not cancerous dan bukan tb , Saya redha dengan penyakit ini!





No comments: