Tuesday, March 14, 2017

Tidak Sangka Bencana Menimpa...


Walaupun ada orang banyak harta dan wang simpanan kadangkala ianya tidak dapat dimanfaatkan ketika ia dalam darurah.

Pernah berlaku pada seorang hamba Allah yang berusia lebih 60 tahun tiba-tiba mendapat strok dan koma.
Beliau ditahan di hospital beberapa lama menyebabkan anak- anaknya sudah tidak berdaya nak membayar bil hospital. Mereka tak dapat mengeluarkan duit simpanan ibunya.

Pendek kata ada beberapa insiden tuan punya duit yang tiba-tiba kemalangan dan tak sedarkan diri isteri atau anak-anak tidak dapat mengluarkan wang simpanan mereka untuk menampung kos perubatan.

( Ada cara nak mendapatkan kebenaran dari pihak bank untuk mengeluarkan duit simpanan itu )

Tapi elok jugak kita ikut cara orang dulu- dulu yang memperuntukkan sebahagian wangnya dan berpesan pada anak-anak.....
...kalau mak/ayah mati pakai duit ni...( yang disimpan di suatu tempat khas/ rahsia)...
Dan tidak lupa juga memberitau kesemua harta yang dia ada serta berpesan tentang pembahagian harta itu)
Tapi kalau dapat anak pontianak atau menantu hantu ada kemungkinan harta dan duit orang tua tu dikebas!!





No comments: