Wednesday, April 19, 2017

Tidak Di Sangka!


Bagaimana rasanya kalau kena menjaga suami yang  sakit berat bertahun- tahun lama di samping itu kena mencari rezeki untuk kehidupan seharian seperti menjahit pakaian, menjaga anak orang atau pun berniaga kecil-kecilan. Jarang wanita lari dari tanggung jawab begini...

Tapi kalau perempuan ditimpa sakit berat susah jugak suami nak tunggu lama-lama. Rata- rata akan berkahwin lain supaya ada orang yang boleh menguruskan dirinya.

Walau bagaimana
 pun ada suami yang begitu setia memelihara isteri yang sakit. Ada yang menjaga isteri yang mengidap kanser, isteri yang mendapat stroke dan isteri hilang ingatan.  Mereka tidak memikirkan kesukaran diri, terus memelihara isteri yang sakit...

Pernah berlaku di kalangan orang yang saya kenali - setelah berkahwin dan mendapat seorang anak isterinya tiba- tiba hilang ingatan. Puas berubat dengan doktor pakar saraf, pakar sakit jiwa, bomoh, dukun, tok lebai....semuanya tak berhasil...

Suami yang baik itu mengambil alih tugas rumahtangga menjaa anak, memasak ,kemas rumah, basuh baju di samping pekerjaan sehariannya sebagai pegawai kerajaan. Setelah berpuluh- puluh tahun lamanya, anak-anak yang seramai 4 orang telah tamat pengajian masing- masing dan mendapat pekerjaan, barulah sisuami beristeri lain.

Nak dijadikan cerita setelah beberapa tahun berkahwin lain dengan tidak disangka-sangka isterinya pulih semula dari hilang ingatannya......tak tahu apa perasaannya setelah 30 tahun berlalu - seolah- oleh seperti terjaga dari tidur yang panjang.....




No comments: