Wednesday, May 3, 2017

Gatot!


Bizarre Foods!


Mungkin ramai yang tak kenal apakah benda ni!
Ia sebenarnya ubi kayu yang telah dipotong dan dijemur dan dibiarkan beberapa lama (berminggu-minggu) berhujan dan berpanas sehingga ia menjadi keras. Setelah itu dibasuh dan direndam selama beberapa hari hingga lembut.



Ubi kayu yang sudah lembut dibersihkan betul-betul ditumbuk separuh hancur. Selepas itu gaul dengan garam dan kelapa muda dikukus hingga masak...( mengambil masa 30 - 40 minit )



Sudah masak dan empuk bolehlah dihidangkan...

Ima memperkenalkan gatot ini pada saya.
Kata Ima gatot ini  sangat popular di Jawa Timur...Dia begitu gembira dengan hasil kerjanya, habis diwassapnya gambar gatot kat puak gerabak dia di kampung!

Saya sedikit sceptical sebab cara menyediakannya agak merisaukan - jemur ubi kayu berminggu-minggu terdedah siang malam dibawah sinar matahari dan hujan. Mana tahu tikus, lipan, cicak dan lipas merayap- rayap di waktu malam. Tapi katanya takpe sebab rendam bertutup sampai 2 minggu dan setiap hari cuci dan tukar air.

Pada petang itu she enjoyed her gatot...alone sebab saya mintak tangguh untuk makan esok hari. Pada malam itu saya tak dapat tidur takut Ima diserang ceret beret atau pengsan sakit perut .....pagi esoknya she woke up humming.......

Gatot is an acquired taste. Mula-mula cuba belum boleh terima, mungkin lama-lama kita akan menyukainya.

Kalau fikirkan  budu, kicap , keropok kering , ikan kering yang dibuat secara cottage industry mungkin kita juga tak berani nak makan......Tapi semua itu adalah makanan kesukaan rakyat Malaysia.




No comments: