Tuesday, June 27, 2017

Tak Tahu Di Mana Salahnya


Waktu Raya yang mulia ni ada jugaklah yang menambah dosa dok melepat fasal anak-anak orang. Konon katanya anak-anak Mek Jarah tak berhati perut, Mek Jarah yang dok sorang- sorang tak dijemput oleh anak-anak berpuasa di rumah mereka. Mak dok posa sorang- sorang kat rumah....

Mek Jarah bukan muda lagi, dah lebih 75 tahun tapi anak-anak dok mari jenguk sekali sekala je. Takde nak sembawa mak duduk seminggu dua atau sebulan dua gilir- gilir- rumah depa. Ni pegi ambik mak malam Raya lepas tu Raya ketiga hantar semula mak balik rumah.....

Tu kata deme yang buat lepat, tapi kata anak dia lain pulak!
Mak tu tak mau dok dengan kami, dia tak selesa, cepat-cepat nak balik. Kami pakat adik beradik bagi maid kat dia, dihalaunya maid keluar rumah.

Mek Jarah pulak kata.....
Akak tak berkenan tengok cucu pemalas, masuk zohor baru bangun tidor , tak berkenan kelakuan dorang tu ....yang begitu begini...,Hisy....tak leh dok dengan depa!
Akak dah pesan dengan anak-anak lelaki tak payah bawak bini datang rumah - menantu semuanya pemalas tak boleh diharap...

Menantu pulak kata.....tak berani nak masuk dapur - semua pegang semua salah.....

Tak Tau lah..........sebab tu orang tua-tua kata jangan dok jaga tepi kain orang!



Friday, June 16, 2017

Tarawih Express


Pengalaman tahun 1980an bersolat Tarawih di sebuah surau.......tambah pulak masa tu kita ni masih amature belum faham selok belok solat Tarawih..

Malam pertama bersolat Tarawih sungguh bercelaru...kita dok baca doa iftitah Tok Imam dah nak habis baca Al Fatihah. Belum habis Fatihah kita imam dah nak habis baca surah....menggelabah bukan main. Apa taknya imam baca Fatihah wasal semua ayat - ambil nafas sekali je kat tengah surah.

Ustazah...sempat ke baca Fatihah....lintang pukang saya tadi..
Tak sempat Mah....laju sangat Tok Imam baca
Baik kita tak payah baca doa iftitah mungkin sempat....
Ye lah..

Okay.....round kedua...tak baca doa iftitah, tunggu je imam habis Fatihah kita pun terkial- kial masuk gear lima baca Fatehah wasal jugaklah kita ni...tapi Tok Imam dah nak ruku' dah...

Macam mana ni Mah....kita naik sekali Fatihah dengan imam...laju sangat ni
Ok jalan..

Ala kully hal menggelabah badak jugak nak mengejar bacaan imam yang super express tuh!

Akhirnya kami membuat keputusan melepaskan Fatihah atas tanggungan imam. Barulah relaks tak terkejar- kejar hingga berpeluh sampai ke keting....

Setelah beberapa malam barulah dapat adjust dengan bacaan imam. Suka hati lah pulak imam baca ayat lazim yang pendek dan laju pulak - 8 rakaat tu tak sampai 20 minit....

Tapi malu jugak kat makcik di barisan depan tu susah payah ruku' dan sujud tetap maintain sampai 23 rakaat!