Wednesday, July 5, 2017

Lain Padang Lain Belalang


Susah jugak kalau kita ada pembantu yang berlainan bahasa dan budaya- ia akan jadi pertembungan 2 budaya. Boleh naik angin jugak dibuatnya.


Pokok cekur


Selalunya saya masak lauk utama pembantu masak nasi dan lauk sampingan. Lama-lama ajar dia masak sup dan asam pedas. Sedap masakannya, tapi lama kelamaan ada satu macam bau dalam kuah asam pedas....rupanya dia pegi masukkan isi cekur dalam kuah. Punyalah kuat bau macam rumah Tok Bidan tengah membela orang beranak.


An innocent apple cider.....mistaken for liquor..


Apabila saya masak ayam atau daging saya akan tambah sikit apple cider di akhir masakan. Suatu hari saya minta tolong buka tudung botol apple cider.....tiba- tiba dengan sungguh confused dia tanya saya....
KAK....kakak masuk arak dalam kuah?
Ni bukan arak, ini cuka buah epal!
( Nasib baik dia tanya kalau tak dalam persidangan bibik- bibik mungkin keluar cerita saya bubuh arak dalam masakan! )

Tapi orang Chowo Timur ni sangat rajin buat kerja dalam dan luar rumah. Keliling rumah penuh di tanam pokok cili dan tomato.

Now that she has gone malas macam mana pun kena masak jugak! Nasib baik me husben tolong basuh pinggan, pembantu yang baru ni datang ikut jam dalam seminggu hanya beberapa kali jer!






No comments: