Sunday, December 30, 2018

Menggelabah Badak!


Tiba-tiba teringat kerongsang..ah..sudah..mana pegi kerongsang ni! Habis tempat cari tak jumpa.

Takkan T ambik kut, dia dah lama kerja dengan saya dan saya sangat yakin dia tak ambik. Nak tanya risau jugak takut dia terencat hati....

Punyalah lama simpan perasaan tiba - tiba suatu hari saya teringat balik tempat yang saya simpan dan alhmdulillah terjumpa semula kerongsang tu..

T pernah beritahu saya majikan yang satu lagi ( dia kerja 5 jam sehari di beberapa buah rumah ) selalu letak barang salah tempat, selalu tanya ada tak dia ambik barang yang hilang tu..

T kata kalau pekerja nak curi barang tuan rumah sorok macamana pun dorang boleh cari - cuma nak dengan tak nak je! Kalau tak kerana saya menanggung emak dan lima orang anak kat kampung dah lama saya berhenti keje!

Fuh! Mujur saya tak buat bengong gi tuduh T ada tak terambik kerongsang saya!Kalu tidak...menggelabah badak kita ni cari pembantu yang amanah...








Thursday, December 27, 2018

Everything In Pink


The pink-pink things that was deleted from my album archive.







Pictures of fresh and fake flowers that I managed to retrieve...

Tuesday, December 18, 2018

Macam- Macam Cerita



- Sekarang takde dah orang penting yang menyibuk ke sana ke mari kat dalam kampung,asyik berkurung dalam rumah main dengan anak cucu.Ye lah peruntukan dah takde atau dah berkurangan serupa macam penganggur je Abe Sahak la ni...
Maklumlah kerja lain takde, semata- mata bergantung pada duit dari YB.YB pun tak boleh buat apa dah mmepeh la ni- mana taknya sedap-sedap dok dalam parti kerajaan tiba- tiba pling! jadi pembangkang! Adui!! Dok tepuk dahi memanjang.


- Mek Su beli gelang besar, emas tu..bukan tembaga, bukan suasa,bukan emas saduran , its 22 carat gold meh! Sema pakat dok heran mana Mek Su dapat pitih beli gelang tuh!Sema pakat tuduh Abe Derih jual tanah mak dia....Mek Su pecah rahsia duit dia ambik upah jahit baju selama ni dia kumpul beli gelang tuh! Teringin lama dah, tunggu Abe Derih beli gelang tapi Abe Derih gi beli mesin jahit baru.


- I ghoyak kat me husben ada silent readers dari US dok baca my blog...I kata agaknya budak-budak Malaysia yang belajar kat sana stumbled on my blog. My husben kata maybe my blog under surveillance by CIA! Iyo lah tuuu...hari tu dia kena makan maggie mi sebab I closed down my kitchen for the day..haha...


Saturday, December 15, 2018

Markisa!


Jiran kami Haji Hanafi menghadiahkan buah markisa yang sungguh raksaksa!
Kami terkejut tengok sungguh besar buahnya, sebesar buah tembikai!

Inin telefon saya beritahu suaminya akan datang nak hantar buah markisa. Inin beritau buah markisa ni jenis lembut boleh blend terus , campur susu , madu atau sirap untuk tambah perisa.

Seumur hidup saya tak pernah tengok dan tak pernah tahu akan ujudnya buah markisa sebesar ini!
Mungkin ia telah melalui  genetic engineering!


Tuesday, December 11, 2018

Pandangan Di Luar Tingkap



Walaupun pokok markisa ni ditanam di luar tingkap , hari-hari duduk makan kat situ tak pernah pulak  nak menikmati keindahannya - selalu dok ingat dulu kat luar tingkap ni sungguh cantik dan bewarna warni, ada bunga ros dan red ginger..dan pokok bunga tanjung jiran sebelah menggugurkan bunga-bunga comel dan wangi ke sebelah sini...

Mak Teh, pokok markisa ni dah berbuah
Eh, ye ke?
Pak Teh dan Mak Teh pun terkam pi  tengok.
Punya happy..macam tak sangka jugak pokok markisa akhirnya berbuah jugak..

Mak Teh baru je suruh Pak Teh beli baja buah, serabut tengok pokok ni dok melarat je tak berbuah...

Terasa jugak selama ni buat tak kisah je..sedangkan setelah jiran sebelah menebang dahan pokok bunga tanjung yang meneduhkan tingkap rumah - pokok markisa ni lah yang yang mengambil alih menyekat cahaya matahari masuk ke rumah.....

Bunga markisa sedang berkembang..


Pendek kata janganlah asyik memuja yang dah tiada, hargailah yang ada di depan mata...


Thursday, December 6, 2018

Pandangan Di Luar Jendela


...diambil selepas waktu subuh...Setiap hari langit berubah warna...

Langit sungguh biru...pagi yang sangat hening...


Waktu yang hampir sama tapi langit biru diselangi cahaya jingga...

Pada bulan November cahaya lepas waktu Subuh ini bewarna sedikit ungu dan bulan masih di langit walaupun hari dah siang dan matahari hampir naik.

Pada 20hb Julai pula petang ini matahari jatuh dengan warna merah - kalau tak silap saya esoknya berlaku gerhana matahari yang mengeluarkan warna yang sangat merah di langit.

Pada waktu petang di bulan April ini matahari jatuh dengan cuaca yang terang.
Pendek kata kalau kita rajin menikmati pemandangan alam kita akan dapati berbagai- bagai warna ketika matahari naik dan matahari turun...


Jadi, nikmat yang mana hendak di dustakan?


Monday, December 3, 2018

Terlajak Perahu Boleh DiUndur....


....terhilang kuasa buruk padahnya....

Orang kata kalau hak kita dah diambil orang pendek kata susahlah nak dapat balik...

Macam pihak yang kalah dalam pilihanraya lepas, janganlah berangan nak  berkuasa semula dengan sekelip mata. Dok wat meraban macam- macam sedangkan kerajaan baru setahun jagung tu dah melangkah terus tanpa menoleh ke belakang lagi...

Bolehlah nak menyalak bukit tapi masakan bukit akan runtuh! Buat meroyan dalam persidangan Parlimen biarlah berpada- pada sampai muak rakyat menengok ( dalam youtube ) kalu dok caye bacalah komen-komen yang menyumpah seranah mereka...

Kalau benar sayangkan negara jadilah pembangkang yang berwibawa, sama-sama boleh membangun dan memakmurkan negara tercinta nih! Jangan fikir nak berkuasa je, sedangkan masa berkuasa dulu tak jaga kuasa tu betul - betul.
Kalau betul jaga masakan ia terlepas dari genggaman...


Thursday, November 29, 2018

Ikan Koi




Ikan koi suka kolam yang dalam sebab dia adalah jenis ikan ' bottom feeder '.
Tapi saya pulak hendakkan kolam yang cetek satu setengah kaki je. Kolam cetek senang jaga....tak seram sangat macam lubuk sungai..

Setelah makin besar , ikan koi mati seekor demi seekor sebab tak cukup oksijen.....

Tu lah tukang buat kolam nasihat dah suruh buat dalam sikit, kita pulak buat keras kepala!
La ni tinggal 3 ekor je....
Tu lah akak oi, rumah kecik pegi duduk ramai- ramai sampai tak boleh bernafas!

Saturday, November 24, 2018

Sejukkan Mata


Pandangan menghijau di luar tingkap!

Bila musim hujan pokok bertambah segar..

Tingkap nampak berhias

Sekarang pemandangan tingkap dah tidak menàrik sebab pokok-pokok yang baru ni not very decorative ...

Sebenarnya kalau tanam menanam kena rajin sangat- sangat.......kalau malas tak jadi

Wednesday, November 21, 2018

Mereka Yang Didera


Berjumpa dengan seorang kawan lama di majlis kenduri kawin, bertanya kabar, sihat ke , dah berapa orang cucu...
You bela cucu ke?

- Taklah, siang-siang beritau anak suruh bela sendiri anak masing-masing. Kalau emergensi bolehlah mama tolong jaga..

I pun terkejut badak jugaklah sebab inilah kali pertama dengar dialog sebegini...
Ingatkan I sorang je yang kering hati tak sanggup jaga cucu full time...

Ada jugak seorang dua kawan yang pada mulanya gembira menjaga cucu, tapi bila  beberapa lama kemudian dah tak boleh sustain...

- Tak tahan jaga cucu , solat kita entah ke mana tak sempat terkejar- kejar...lama-lama hantar balik pada mak bapak dia

- Dorang laki bini lepas ofis jalan- jalan dulu pegi makan, balik pukul 8 , 9 malam...aih, tak jadi macam ni. I suruh dorang cari orang gaji!

Takpelah tu dapat mak yang begheng boleh bagi peluru berpandu. Macamana pulak mereka yang suffer in silence?
Badan tak larat, lutut sakit nak bangun duduk susah tapi sayangkan cucu dan dan kasihankan anak. Ada yang tak sampai hati nak bagitau anak hal yang sebenar, tapi pegi mencurah rasa ke sana sini. Semua orang simpati , tapi tuan badan pulak tak sayangkan diri sendiri.

Yang si anak tu puuun.....janganlah lepas tangan je dok tolak kat mak ayah jaga anak- anak, take for granted mak dah jaga dia dari kecik sampai besar pastu dok ingat anak dia pun mak kena jaga.
Bagilah peluang mereka berihat....they had their time, now it's your turn!





Sunday, November 18, 2018

Teduhkan Rumah




Pokok yang sentiasa berbunga....tapi kalau tak kontrol dia akan jadi hutan belantara!
Ada jugak antara kawan- kawan saya yang seriau tengok pokok nih!
Depa risau takut  kalau-kalau '  sang belit ' singgah kat situ...


Bunga yang cantik bewarna pink dan tahan lama.....

Monday, November 12, 2018

Dinner For Two


Tumis bawang besar, masukkan daging cincang dan lain-lain yang kita suka, garam, pepper, tomato puree dan air secukupnya kemudian masukkan beras biarkan hingga kering air. Lepas tu  masukkan ke dalam tomato dan capsicum yang telah dipotong atas dan dibuang isi dalamnya. Rebus dengan sedikit air atau dibakar dalam oven.



Masak kari kambing atau daging lembu atau ayam campur ubi kentang dan buah zaitun. Boleh guna susu cair, susu rendah lemak atau santan untuk kuah.


Bon appetite!

Friday, November 9, 2018

Favorite Corner


Simpan gambar- gambar ni untuk blog header....

Bunga hydrangea ni kegemaran saya - masa kecik dulu sangat teruja dengan bunga warna purple. Pokok yang sama ditanam atas tanah yang berlainan akan mengeluarkan bunga warna pink

Bunga pokok ini bewarna pink dan menjalar, kalau tak kontrol dia akan jadi semak dan berserabut....

Pokok kenanga berbunga sepanjang musim dan berbau wangi.

My doter kata orang tak faham gambar ni, macam ayat yang takde subjek dan predikat. But I love it...

Inilah gambar blog header saya yang pertama - seorang rakan sepengajian dengan saya pernah terserempak dengan blog saya. Rumah you kat mana? Macam dekat- dekat hutan je? I love this corner the most!


Monday, November 5, 2018

93! Tanda Aras Baru...


Tak semua orang boleh hidup sihat, cergas, alert, kuat semangat...semacam Tun M!
Tapi kita ni kena jugak lah jaga diri sendiri jangan sampai berserabai ketika umur mencecah 60th ( dulu masa umur pencen 55 tahun, umur 56 tu dah tua sangat , gigi patah dibiar je rongak....)
Sekarang ni umur 60-70 tahun boleh kira masih muda lagi...

Walaupun dapat pelbagai penyakit orang veteran, jangan dibiarkan saja. Berubat itu penting. Baru- baru ini seorang kenalan tiba-tiba jatuh sakit hampir koma, rupa-rupanya selama ni dia ada darah tinggi, kolesterol dan kencing manis yang dibiarkan melambung naik! Bila dan sembuh dan keluar hospital habis ubat dibuangnya - dah baik buat apa ubat lagi!

Baru- baru ni seorang sahabat terjumpa dengan seorang lelaki yang berumur berjalan terhoyong hayang dengan hanya memakai kain pelikat. Dengan tak terurus, sedih dan marah sebab anak dia suruh berjalan sedangkan dia baru kena stroke - anak dia ( seorang doktor ) tak bagi bapak dia dok terbaring je di rumah.

Beberapa minggu kemudian sahabat saya bertembung lagi dengan lelaki tersebut, sekali ni  bukan main smart, ber t- shirt dan proper seluar dan berkasut, nampak terurus, rambut bergunting rapi. Berjalan pun dah agak steady!

Pendek kata, kita yang membuat diri kita......



Wednesday, October 31, 2018

Makan Apa Pagi Ni?


Suka makan ubi kayu rebus? Makan ubi kayu rebus dengan kelapa muda gaul dengan sedikit gula dan garam. Atau cicah dengan sambal tumis udang atau ikan bilis. Atau makan dengan ikan masin. Minum kopi pekat secawan!


Hari yang yang tak masak kat rumah, pegi beli breakfast kat gerai - boleh pilih , semua ada....Macam biasalah makan pagi dengan beratnya - ketupat cicah dengan sambal kelapa atau nasi dagang lauk gulai ikan tongkol. Pemanis mulut dengan tepung pelita. Kena minum teh takde gula akak oii..., dalam tepung pelita tu dah ada banyak sudu gula...


Sunday, October 28, 2018

Solok Cili Hijau


Cili hijau ini kurang pedas dan sesuai dibuat ' Solok'.
Cili dibelah memanjang


 Isi ikan dan kelapa muda dikisar atau diblend tanpa air, kemudian digaul dengan bawang merah, bawang putih, halia yang dicincang halus dan garam dan sedikit kepala santan masukkan dalam cili yang dibelah memanjang tadi..


 Setelah semua cili yang telah disumbat paste ikan dan kelapa itu, masukkan ke dalam periuk / kuali pengukus dan kukus selama 15-20 minit.

Bolehlah dihidangkan sebagai lauk sampingan. Solok ini selalunya menjadi lauk tambahan untuk nasi kerabu. UI

Ps. Mula makan solok ni masa duduk di Kota Baru pada tahun 1986-1990 dulu. Resepi ni baru pertama kali cuba.
Anyway the taste is nice, my children like it dan besok nak cuba lagi buat solok timun dan sarak terung!


Wednesday, October 24, 2018

From The Drop Box


Tiga bulan berada dalam keadaan kekeringan seakan mati..


Selepas musim sejuk pokok yang seakan mati mengeluarkan pucuk dan daun baru yang segar bugar..


Kemudian keluar bunga...

Kemudian keluar bunga...

Alhamdulillah, di Malaysia pokok berbunga hampir sepanjang tahun...

Saturday, October 20, 2018

Floating Markets



Sangat teruja dengan floating market, saya rakam gambar ni dalam rancangan BBC Earth di Hypp TV.

Saya sangat teringin nak tengok floating market di Bangkok tapi tak sempat. Walaupun kami dibawa ke  floating market di Ayuthia yang dibuat khas untuk pelancong sangat cantik dan menarik tapi saya rasa ingin nak tengok yang asal.

Bila pegi Ho Chi Minh City, saya nampak gambar floating market yang sungguh bewarna warni terpampang di pejabat ajensi pelancongan di kawasan hotel kami menginap.

Kami pun dengan penuh teruja memberitahu Akun our tour guide nak pegi floating market tuh!
Wah....itu floating market tak dak cantik ma..itu dalam gambat punya angkat hali new year punya, colourful cantik, tapi betut- betut punya takle itu macam...
Pendek kata si Akun tu tak nak bawak kitorang pegi, katanya kena gerak dari hotel pukul 1 pagi, sampai floating market dalam pukul 4 pagi, cuaca masih gelap. Aktiviti jual beli bermula seawal 4 pagi dan habis pukul  9 pagi.

Oleh kerana masa pun tak berapa cukup kami pun discouraged dan abaikan saja niat kami.....

Nasib baik dah naik sampan di anak Sungai Mekong, boleh bayangkan macam mana the hustle and bustle of floating markets tuh!



Wednesday, October 17, 2018

Tambah Lebih Perasa?


Ramai jugak orang kita yang tak menggunakan serbuk perasa dalam makanan sebab takut kesan sampingan seperti rambut cepat beruban, mengalami masalah pernafasan atau menyebabkan alergi dan lain- lain lagi...

Baru- baru ni H bukak cerita dia takut nak makan masakan maknya, setiap kali makan muka naik merah dan badan berpeluh dan pening. Dia ingat pembantu rumah mak dia yang menghantar makanan tu nak mengenakan dia...
Kemudiannya baru dia dapat tahu rupanya bahana serbuk perasa. Patutlah terlebih sedap makanan tu, mungkin maknya terlebih bubuh!

Ramai jugak suri rumah tak mahu menggunakan serbuk perasa, tapi bila beli makanan di kedai tak dapat dielakkan serbuk perasa tu! Bayangkan makan tomyam takde serbuk perasa - ada yang kata macam minum air paip perasa bawang besar dan serai...

Salah seorang anak sahabat baru dapat kerja jadi sous chef  - masa masak lauk kenduri kahwin dalam kawah besar, dia tanya chef nak bubuh banyak mana gula dalam gulai ( ramai yang guna gula mengganti serbuk perasa )
Chef kata gula apa? Tu hah, bubuh ajinomoto.
Banyak mana chef ?
Bubuh dua tiga senduk besar!

Mak ai! Terkejut badak budak tu! Patutlah semua orang puji masakan sedap , malahan nasi pun sedap, makan gitu saja pun boleh!

Wednesday, October 10, 2018

Berdayung Sampan


Selesai naik ' river cruise ' di Sungai Mekong, kami dibawa ke Pulau Unicorn ( pulau yang terbesar di antara pulau- pulau kecil  àà muara sungai ). Mereka mendayung sepanjang 2 kilometer setiap satu sesi.

Aktiviti bersampan di sungai begitu rancak, setiap sampan ada dua orang pengayuh -kebanyakannya perempuan. Mereka terpaksa mendayung sungguh- sungguh kerana sampan penuh penumpang dan sudah tentu berat muatannya.

Sampan membawa pelancong memenuhi sungai yang sempit, ada yang ke hulu sungai, ada yang ke hilir sungai...


Pendayung sedang berihat sambil menunggu ketibaan kumpulan pelancong seterusnya..

Tempat sampan berlabuh jauh dari kesesakan di tengah- tengah sungai.

Pemandu pelancong tidak membenarkan kami menghulur tangan keluar sampan sebab sungai ada buaya - sungai berlumpur ada buaya katanya. Mungkin dia buat cerita tu takut tangan kami terkepit sampan yang penuh sesak dalam sungai yang kecik tu...
Lagi pulak suasana sibuk penuh sampan dan bunyi bising suara orang, buaya pun pindah rumah!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...