Wednesday, March 28, 2018

Kenangan Lama...


Orang-orang yang disayangi..

Ngah Kecik , Su Semah dan Che Liah yang saya mula- mula- kenal semasa saya belum bersekolah lagi. Mereka itu semua jiran dan emak begitu rapat dengan mereka . Su Semah pandai jahit baju, Che Liah pandai masak. Paling saya ingat ialah roti manis yang Che Liah buat untuk sarapan pagi - pada masa tu roti nilah yang paling sedap bagi saya.

Ngah Kecik pula tinggal berjauhan sikit . Beliau seorang yang penyayang yang kami adik beradik kenang sampai hari ini walaupun telah hampir 40 tahun beliau meninggal dunia. Beliau seorang yang baik dan menunjukkan sayangnya pada kami walau pun tiada pertalian darah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang orang yang beriman. Aamin!

Bila kami berpindah rumah pada tahun 1960an hubungan kami terputus dengan Su Semah dan Che Liah. Pernah suatu hari kami dua beradik pegi melihat kawasan rumah lama tempat kami tinggal, rumah Su Semah dan Che Liah duduk telah kosong tiada penghuni. Emak pernah beritau  Pak Cik telah meninggal dunia. Masa itu kami belum faham tentang keadaan sebenar. Siapakah Pakcik tuan rumah dan ada seorang wanita yang agak tua bersama dengan cucu perempuannya tinggal di bilik belakang. Kami juga tak tahu  kemana Su Semah dan Che Liah pergi...

Rasa menyesal jugak masa mak masih ada tak pernah bertanya fasal mereka....

Thursday, March 22, 2018

Brouhaha About Going To Raub


KL to Raub is about 2 hours journey. DE can't drive long distance because of her back pain and neither can I.

So we decided to get Ju to drive the car, but Ju couldn't make it on that weekend.

After that DE had to cancel the Raub trip. She just remembered her sister will be coming from Trengganu during that weekend.

I remembered Ruz, she might want to go to Raub too. So I made an offer to her...

Ruz, you interested in going to Raub?
Yes , I do
You can come with me but you got to drive my car
No problem
We go Friday evening and stay overnight in Raub Rest House.
Saturday morning we don't have to rush. The programme starts at 8.30am..

So now, to book Raub  Rest House  - got to google it!


Raub Rest House

There are some other skimpy infos with contact numbers but none is working....

Spend a lot of time googling...
Kasi wa manyak sakit hati maa! ( kepoh jugak google nak terjemah ayat nih! )

Rupa- rupanya baru dapat tahu dari orang Raub bahawa Rumah Rihat Raub sudah tak beroperasi dah! ( nanti pegi Raub boleh tanya hal sebenar sebab penutupan rumah rihat tuh! )
Finally we booked Hotel Jelai Raub...

to be cont..


Sunday, March 18, 2018

Restoran Terapung!


Ada restoran di tengah tasik , kena naik rakit nak pegi makan...

Pemandangan keseluruhan restoran terapung yang terdiri dari banyak ruang makan yang betasingan

Pemandangan yang cantik diambil dari tempat makan

Hidangan utama adalah ikan  yang dibela dalam tasik ini


Wednesday, March 14, 2018

Pantai Hiburan Kuala Rompin


Selalunya pada waktu ombak kuat ( pada musim tengkujuh dan Tahun Baru China ) orang Rompin tak pergi berenang ke tengah laut.
Kuala Rompin berhadapan dengan Laut China Selatan, kadangkala ada undercurrent yang kuat di dasar Laut.
Bendera merah ni dinaikkan sebagai amaran -  demo kato 'don't die yourselves in the rough sea'  a.k.a jangan pi dok terjun tak tentu  kalu! Main kat gigi air je!



Balik Rompin kali ni ada pulak signboard baru - melarang orang melakukan maksiat di kawasan pantai...terutamanya dari kalangan orang- orang muda. Kalu dok nikoh lagi jangae dok lepak kat tepi pantai malam- malam buta. Yang dah kahwin kena bawak kad kahwin kalau berdua-duan dalam gelap. Kalau kena cekup pun taklah kena pegi pejabat Qodi bayar denda!



Pendek kata pihak berkuasa kena menjaga kebersihan pantai dari sampah hingga kepada orang- orang yang melakukan maksiat ( ? ).
Selain itu memberi amaran supaya orang ramai berhati - hati semasa mandi laut....


Tuesday, March 6, 2018

Reunion In Kuala Rompin


Dimulakan oleh ahli alumni yang tinggal di Rompin.  Minum pagi di restoran roti canai. Roti canai sedap, kuah dal kaw. Ada kari daging, kari kambing dan gulai kepala ikan. Ada nasi dagang dibungkus dengan daun simpul,  nasi lemak bungkus dalam daun pisang, pulut pangggang dan lain-lain kuih manis.



Pada sebelah malam dinner di Rompin Beach Resort. Hidangan menarik steamboat dan nasi goreng bagi orang yang tak boleh kalau tak makan nasi....
Dihadiri ahli-ahli dari Pekan, Kuantan, KL yang bermalam di Rompin sementara menunggu lunch pada hari esoknya.



The final one is lunch at Puteri Inn Rompin attended by about 40 members of the alumni. Ramai yang datang dari Kuantan dan KL for the lunch on Sunday.
Lunch was hosted by Black Stone Group of  Kampung Batu Hitam Kuantan.

Abe Din - man in black ( glasses) yang organise rendezvous in Rompin.


Sebahagian dari ahli yang hadir majlis makan tengahari.



Till we meet again at the next venue..


Monday, March 5, 2018

Caught In The Traffic Jam


 ....all the way from rnr Temerloh to Gombak toll. It took eight hours bumper- to - bumper ride from Kuala Rompin to Gombak!

They tried to cheer me up by sending me this pic!

Hang in there mom!

Punyalah penat macam nak putus urat pinggang!



Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...