Wednesday, October 10, 2018

Berdayung Sampan


Selesai naik ' river cruise ' di Sungai Mekong, kami dibawa ke Pulau Unicorn ( pulau yang terbesar di antara pulau- pulau kecil  àà muara sungai ). Mereka mendayung sepanjang 2 kilometer setiap satu sesi.

Aktiviti bersampan di sungai begitu rancak, setiap sampan ada dua orang pengayuh -kebanyakannya perempuan. Mereka terpaksa mendayung sungguh- sungguh kerana sampan penuh penumpang dan sudah tentu berat muatannya.

Sampan membawa pelancong memenuhi sungai yang sempit, ada yang ke hulu sungai, ada yang ke hilir sungai...


Pendayung sedang berihat sambil menunggu ketibaan kumpulan pelancong seterusnya..

Tempat sampan berlabuh jauh dari kesesakan di tengah- tengah sungai.

Pemandu pelancong tidak membenarkan kami menghulur tangan keluar sampan sebab sungai ada buaya - sungai berlumpur ada buaya katanya. Mungkin dia buat cerita tu takut tangan kami terkepit sampan yang penuh sesak dalam sungai yang kecik tu...
Lagi pulak suasana sibuk penuh sampan dan bunyi bising suara orang, buaya pun pindah rumah!

2 comments:

ngasobahseliman said...

Salam Sis. Berani betul you bersampan. Memang ada buaya oi sungai macam tu. Upah pun I tak nak. fobia sungai ada buaya.

Kerabu Jantung said...

Wassalam Sis, sampan penuh sungai - trafik jem, mungkin jugak buaya lari ke tempat lain.
Mungkin buaya jenis kecik, kalau buaya species Bujang Senang, habis semua dah kena libas..haha!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...