Friday, December 27, 2019

Mee Kari For Lunch


Suka makan yang berkari- kari?
Apa kata buat mi kari menggantikan nasi dan lauk pauk biasa untuk makan tengahari...





 
...beberapa hidangan sampingan. Tak ada kerang, susah dapat sekarang ni...




....dan kuahnya yang sungguh berkari campuran ayam, udang dan bebola ikan...




Wednesday, December 18, 2019

Pasar Minggu Kuala Rompin


...akan tetap dikunjungi bila balik kampung..



Kanak- kanak sangat tertarik dengan patung- patung mainan plastik berupa haiwan- haiwan kegemaran mereka.
Kadang- kadang ada ibu bapa yang bawak anak- anak ke pasar minggu, mereka sengaja tidak masuk ke lorong yang ada permainan kanak-kanak, takut anak buat loktang nak katak hijau, selagi tak dapat dia meraung....





Orang lelaki suka beli cincin dan batu permata...Ada yang kata batu-batu permata boleh bawak tuah...ye lah...walaupun takde kerja, balik rumah makanan tetap terhidang atas meja...


Kaum wanita pula pegi cuci mata kat gerai barang kemas celup...boleh jugak beli satu dua untuk pakai pergi kenduri kawin. Ambik engkau! Kak Peah pakai brooch emas besar tapak gajah....pakat habis dok terbeliak biji mata weh!

Haha....tak tau kenapa suka sangat pegi pasar minggu tuh! Kalau balik kampung tak pergi pasar minggu rasa macam tak lengkap je....


Friday, December 6, 2019

Rumah Burung Hantu!


Rina beritau abang dia buat rumah burung hantu! Ingatkan dia salah sebut, sebab kat kampung saya banyak dibina rumah burung walit. Rumah burung walit besar dibuat dari batu dan tinggi bertingkat-tingkat mengalahkan rumah orang kampung!

Rupanya Rina kata memang rumah dibuat khas untuk burung hantu! Ia dibina khas dalam ladang kelapa sawit.
Woo..I was so fascinated to hear Rina's story..
Rupanya banyak benda yang kita tak tahu di dalam dunia ni..

Inilah rupa rumah burung hantu, sangat tinggi untuk menarik burung hantu hinggap dan tidur di situ...

Rina menyambung cerita, pada asalnya burung hantu terlalu banyak dalam ladang hinggakan pihak ladang terpaksa menembak burung- burung tu...
Rupanya apabila burung hantu dah tiada, tikus dan ular mula menular kerana selama ini burung hantu memakan tikus. Apabila tikus banyak di ladang, maka ular pun makin banyak datang memburu tikus..

Jadi rumah burung hantu dibina untuk menarik burung- burung itu datang semula ke ladang dengan cara ini tikus dan ular dapat dikawal secara semula jadi.

For more info, we can visit
Mahzan manaf- brightfarm venture


Sunday, November 24, 2019

Madam Meoww..


Tak tau kenapa akhir- akhir ni sangat banyak kucing merayau-rayau di kawasan rumah...tiap-tiap hari meninggalkan habuan kat kawasan kejiranan kami...

I cakap dengan kucing-kucing ni, datang kawasan rumah I boleh, tapi jangan berak merata- rata..

Haha! Dialog my jiran sama dengan my dialog....
Korang dok lepak dan tidur kat luar rumah ni boleh, tapi janganlah berak kat sini....

Kucing datang minum kat kolam...

Memang pun dorang ( haha! ) tu malam- malam tidur kat luar rumah....dah lama dah....
Minum boleh, tapi makan tak boleh..

Bukan apa, sekali bagi makan tiap2 hari dok tunggu depan pintu dapur kalau tak bagi makan panjat ikut tingkap selongkar dapur...

Bukannya apa, kalau setakat sekor dua tu tak jadi masalah tapi kucing cepat membiak, dengan sekejap masa saja ia akan beranak cucu...

Ia terjadi pada jiran saya yang lain, pada asalnya beri makan sebab kesian, sekarang dah ada berbelas - belas ekor hingga dah tak terkawal anak beranak, cucu cicit Madame Meow yang berbagai rupa, ada yang kuning, ada yang hitam, ada putih tompok hitam, ada belang hitam kuning dan lain-lagi depending on the colour of tok misai yang berkeliaran di kawasan kejiranan kami...adanya...











Saturday, November 16, 2019

Sayang Baju Ke Sayang Diri?


Kalau kita sayang baju, gi dok pakai lagi baju-baju lama sejak zaman Jepun dulu..kononnya sebab baju yang kita beli tu mahal weh..punya sayang walau pun dah ketat tetap disimpan kerana tak sanggup nak berpisah dengan baju- baju tuh!

Tapi sekarang dah kurus sikit, boleh pakai semula baju- baju lama yang kita pakai masa beranak satu dulu tu..( walaupun sekarang cucu dah sedozen! )

Baju memang padan dengan kita, tapi fesyen, corak dan cutting mungkin kurang sesuai..lagi pulak bentuk badan masa 30an dan 40an tak sama bila dah lebih dari 50an dan 60an. Pendek kata sepatutnya baju- baju tu dah lama masuk museum...

Kalau sayang badan macam mana?
Sayang badan kalu, baju yang dah masuk kotak atau masuk stor jangan diselongkar lagi. Kalau sayang sangat nak bagi kat orang, simpanlah buat pekasam! Takut nanti ada makhluk yang halus-halus bewarna putih yang duduk dalam tanah naik beramai- ramai datang buat kenduri dalam stor....






Friday, November 8, 2019

Telur Masin!


Geram tak tengok telur masin ni?

Bila dah berumur ni, ramai orang kena pantang makan. Antara list makanan yang kena pantang yang panjang satu kilometer tu ialah telur masin.

Bila telur masin dihidangkan di depan mata rasanya susah jugak nak pantang...Mula-mula cubit sikit telur merah, fuh! sedapnya...cubit pulak telur putih....lama- lama habis sebiji telur dan sepinggan nasi...kena bawak mengucap akak oii...


Baru- baru ni Rina hantar telur masin yang abang dia buat sendiri. Bela itik telur dan jual telur yang dimasinkan.
Kalau telur dimakan dalam masa dua minggu pertama setelah diproses rasanya lemak. Apabila melepasi 2 minggu dia akan jadi semakin masin...


Darah tinggi ni pulak kalau kena terlebih garam cepat je dia melonjak naik. Macam jugak orang diabetik, makan atau minum yang terlebih manis, gula dalam darah pun shooting up!
Kalau makan sekali sekala rasanya tak membawa mudarat sangat, tapi kalau hari - hari ...tak taulah...apa- apa pun janganlah kita menganiayai diri sendiri adanya....



Thursday, October 17, 2019

Haramain Revisited


Apabila berbincang dengan rakan sebaya ( 6 series midway to 7 series), melakukan ibadat Umrah bukanlah calang-calang ibadat yang hendak dilakukan.


Dataran luar Masjid Nabawi di Madinah


Tenaga berkurangan,sakit kaki, sakit lutut menjadi penghalang untuk bergerak aktif, pergi balik ke masjid (Nabawi dan AlHaram ) is an effort.

Melakukan tawaf masih boleh boleh bertahan, sebab kita boleh bergerak ikut pace sendiri, lagi pulak dengan memakai setokin , kita boleh slide atas lantai marble , tanpa membebankan lutut atau urat peha.

The rooftop of Al Haram


Ibadat Saie pula memerlukan tenaga yang lebih untuk berulang alik sebanyak 7 kali, sepanjang 2.9 km. This ibadah is not for the wobbly legs and week knees ...alhamdulillah kini telah ada satu lagi ruangan tawaf dan saie ditingkat dua di Majidil Haram ...ia memberi peluang kepada jemaah2 yang sudah berumur atau yang kurang upaya..untuk menjalani ibadat Tawaf dan Saie dengan menggunakan scooter yang boleh dipandu sendiri. 
Sewa sebuah scooter sebanyak 50 riyal perhead.

Di sinilah tempat untuk membayar dam kambing atau kita boleh berinfaq dengan menyembelih kambing secara bersendirian atau berkongsi untuk memberi makan fakir miskin di Mekah


To many of us, to perform Hajj and Umrah we must clad in white or at least your telekong must be in white. I have this blue grey telekong which I often wear in the mosque. It was hadiah from my jemaah sometimes ago. Many Malaysian address me as ibu'.
Demo ingat ambo oghe sebeghe...







Thursday, September 26, 2019

Sehari Sesudu Peluh..


Akhirnya tibalah hari untuk mendapat keputusan ujian darah yang diambil dua minggu lepas...Dah tunggu setengah jam, belum tiba giliran lagi...


Bila tengok poster ni naik seram sejuk, dok fikir kalau HBA1c saya makin naik, habislah kali ni kena tambah ubat...
Akhirnya saya pindah tempat duduk sebab makin serabut memikirkan gula dalam darah dan akibatnya ke atas diri saya...


Dah pindah tempat, baca pulak poster depan mata....tentang kemurungan! Baru saya sedar rupanya kemurungan boleh membawa kematian yang disengajakan!

Saya teringat hampir sepuluh tahun dulu saya pernah membaca sebuah buku seorang celebrity chef ( it was his first book ) dan ada ayat dalam bukunya bertulis ' I was suicidal '.
Masa baca tu tak ambil kisah pun, ingatkan itu hanyalah ayat penyedap cerita...
Tapi pada tahun 2018 dunia dikejutkan dengan berita kematian chef tersebut kerana membunuh diri...

Pendek kata semua penyakit hendaklah diubat betul-betul.Saya sungguh teruja apabila ada sesetengah doktor mengatakan diabetic is reversable. Saya berazam suatu hari nanti tidak perlu memakan 'metformin' dua kali sehari...

Setelah satu jam berlalu, saya mendapat keputusan ujian darah..
Alhamdulillah...
Gula turun, kolesterol turun , darah tinggi turun..ahem..berat badan pun turun..
Yeay..
Tak sia-sia selama ni minum black coffee + cinnamon diselang seli makan kurma 3 biji
Makan nasi sekali sehari
Tambah kimchi dalam menu...
Tak jogging pun takpe sebab orang pencen tak boleh stresskan lutut...sapu- sapu laman pun dah memadai.
Bak kata jiran sebelah rumah saya..sehari sesudu peluh, lama- lam beliau telah diisytiharkan kolesterol normal, gula dalam darah normal at the age of 72! Semua ubat tak perlu makan dah!








Sunday, September 22, 2019

Hati-Hati Minta Nasihat...


...dengan orang yang terlebih pengalaman...

Semasa berumur dalam lingkungan 30an seorang kawan telah mengadu pada mak menakannya fasal suaminya yang anak tunggal terlalu mendengar kata ibunya hingga sampai pada satu keadaan yang sangat genting dalam rumah tangganya...

Mak menakan dia beri nasihat pukulan maut baginya....
You are still young, kalau dah tertekan sangat, jangan tunggu lagi..pack your things and bunk off...

Bukannya nak suruh anak menakan tu sabar...

Kadang- kadang orae jate ni terlebih lemak, kat rumah, isteri dah masak, hidang...dia basuh tangan, makan dan bila habis makan biarkan pinggan atas meja..

Bila keluar makan kat food court pulak, isteri yang buat oder dan ambik makanan tu letak depan dia...sementara dia duduk riba tangan menunggu hidangan tiba...

Tu kalau pegi komplen kat makcik ke, mak sepupu ke...atau orang- orang pencen ke...mungkin dapat nasihat yang lagi tak munasabah...like..err...errr...


Sunday, September 8, 2019

Tukar Gaya Sarapan Pagi




Selalunya makan pagi lebih kurang sama berat dengan makan tengahari, nasi lemak sambal ikan bilis, rendang segala mak nenek - ayam, daging, hati, limpa, paru atau mihun goreng/mi goreng/ kwaytiau goreng tambah telur goreng. Roti canai dengan segala kuah dal dan kari ikan, daging, kambing ...

Walaupun dah meninggalkan gaya hidup makan tak berinsuran, tapi sekali sekala, dua kali dua kala terbabas jugak...

Kali ni bawak bersabar sikit - makan lontong campur kimchi, minum kopi kosong bermaniskan kurma....Lontong yang sebungkus besar tu simpan separuh for lunch.

Maklumlah sebulan lagi nak kena check HbA1C - makan kena ada
toma'ninah sikit, takut doktor pulak naik darah tinggi sebab sakit hati patient tak control gula dalam darah.....

Kena jaga hati doktor yang berusaha bersungguh-sungguh supaya orang ramai jaga kesihatan..

Bila HbA1c kita turun sikit pun jadilah..they are very happy tapi kalau naik je...habis semua kena audit - terlebih makan apa , apa aktiviti setiap hari..kita ni pun
berjanjilah dengan doktor the next ambik darah I make sure gula tak naik. Doktor pun setuju, but see you in three months..

'Ala kulliy hal janganlah kita menganiaya diri sendiri...




Monday, August 19, 2019

MK - Bukan Michael Kors Ya..


It's Musang King...

Mengingatkan saya beberapa tahun lalu seorang kawan yang sangat suka makan durian.Suatu hari kami terima berita dia telah masuk hospital.

Masa tu ramai yang tak kenal 'Musang King'- ia tidak dijual di merata-rata tempat tapi ada dijual di sesetengah pasaraya di sekitar Kuala Lumpur. Kawan kami ni sangat kerap membeli dan makan the King of Musang tuh...katanya sangat sedap dan lain dari yang lain.....

Mulai tahun 2018, Musang King menjadi terkenal dan banyak dijual di merata-rata tempat. Tapi pada tahun 2019 ni semakin popular dan semakin mahal harganya.Tapi kaki durian tetap mencarinya walau dimana saja ia dijual...

Berbalik pada kawan kami yang dah landing kat hospital dulu tu, rupa-rupanya hari- hari dia makan durian MK ( bukan Michael Kors ya...)  Tiba- tiba suatu hari kakinya terasa sangat berat untuk melangkah hingga dia kena bertongkat - nak naik tangga pun dah tak lepas....
Seterusnya percakapannya jadi slur dan bila tiba di hospital doktor kata dia kena mild stroke!

Begitulah tuan- tuan sekelian yang ahli makan durian - kena bersabar sikit kalau bertemu Musang King tuh! Jangan dok pegi attack left and right ..ingat sikit anak bini kat rumah....




Wednesday, August 7, 2019

Kucing Kampung



Arwah Mak saya suka bela kucing, waktu siang kucing lepak dalam rumah tapi bila malam kena tidur kat luar. Masa dulu saya tak pernah ambil kisah fasal kucing, malam tak tau tidur kat mana..


Tapi bila waktu pagi kucing- kucing tu dah siap tunggu depan pintu dapur. Dah lepas bagi makan baru kucing- kucing boleh masuk rumah..
Bela kucing kampung ni mudah dan murah. Beri makan nasi gaul dengan ikan rebus, ikan singgang atau kepala dan tulang ikan goreng

Dah puas lepak pegi main kat luar pulak..panjat pokok kemunting atau lari- lari atas rumput..

Bila tengahari dah letih cari port masing- masing to get an afternoon nap....luar rumah boleh, dalam rumah pun boleh..

Pendek kata disiang hari mereka bebas keluar masuk rumah, bila malam mereka cari tempat tidur sendiri....



Thursday, August 1, 2019

Dah Cuba Makan Kimchi?



Ever wonder why Korean ladies have flawless complexion? the answer is kimchi ( I think ).

According to wikipedia, kimchi is the most nutritious food in the world and it contain lactic asid bacteria that aid digestions and possibly reducing cancer growth. It is also rich in vitamin A, B1, B2, calcium and iron. Eating kimchi is an acquired taste, you might not like it at first or you might like it right away.

Ok, intro tu google je...

Senang je buat kimchi, kalau tak boleh tiru orang Korea, buat kimchi yang diubah suai ikut senang nak buat...

Bahan asas kobis panjang direndam semalam dengan air garam. Awas-awas lain ialah bawang merah, bawang putih, halia, cili kering/ cili hidup / cili api / cili serbuk/ paprika powder yang memerahkan kimchi
( pilih ikut suka hati, semuanya tak beracun! ), garam,dan gula secukup rasa.

Untuk tambah perisa masukkan ikan bilis atau udang kering blend dengan bawang, cili etc seperti di atas.Gaulkan bahan- bahan dengan karot / lobak putih, timun, celery - atau apa saja yang kita suka ...

Gaulkan awas- awas yang diblend dengan karot dan daun bawang dan dimasukkan ke dalam setiap lapisan daun kubis.


Masukkan ke dalam bekas kaca yang bertutup dan letakkan di tempat yang gelap selama dua hari for fermenting.

Hari kedua, kimchi sudah boleh dimakan..

Potong kimchi dan boleh dihidangkan terus...yang selebihnya disimpan dalam peti ais supaya tidak rosak dan berubah menjadi terlalu masam.

Kali ni makan ikan lampam bakar bersama kimchi pulak ( biasanya makan dengan air asam! )

Kimchi is something like our jeruk maman or saurkraut from Germany. I think we can add cincalok or budu for extra flavour, the Koreans add fish sauce and others that is similar to fish sauce. Why not? Kita yang buat kimchi bukan kimchi buat kita, jadi ikut pandai kitalah nak menyedapkannya.



Friday, July 26, 2019

Malang Tidak Berbau....


Sangat terkejut apabila mendapat berita anak seorang sahabat mengalami kemalangan motosikal. Pada awalnya kami mendapat berita tangannya patah. Biasalah tu patah tangan atau patah kaki, orang muda cepat sembuh...

Tiba-tiba dapat berita kedua bahawa kaki anaknya terpaksa dipotong akibat cedera teruk. Semasa berlaku kemalangan itu dia tercampak dan menghentam tembok jalan hingga sebelah kakinya remuk dibawah paras lutut.
Rupanya kemalangan berlaku akibat kereta di depan berhenti mengejut dan tiada lampu brake!

Mengingatkan saya sahabat di kampung yang kematian anaknya setelah dilanggar kereta ketika melintas jalan dari kecuaian pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Arwah tidak mati di tempat kejadian tetapi mati beberapa bulan kemudian kerana cedera usus yang teruk akibat kemalangan...

Sebagai seorang ibu saya sangat memahami perasaan ibubapa yang anak-anak dilanda musibah. Tapi saya cukup kagum dengan dua orang sahabat saya yang begitu sabar menghadapinya....
Semoga Allah memberi segala kebaikan di atas keredhaan mereka..aamiin






Saturday, July 20, 2019

Wednesday, July 17, 2019

Pot Luck



Sekali sekala buat makan-makan kecil di hujung minggu atau waktu cuti...


Buat cara pot luck, masing- masing bawak makanan sendiri, menu tak payah diatur, bawak je apa yang mereka suka nak makan...


Mak siap meja bagi comel dan sedia satu menu sahaja. Selalunya ia akan berakhir dengan makanan yang berlebihan - boleh tapau bawak balik ke rumah masing- masing!





Thursday, July 11, 2019

Pasar Minggu...



....Kuala Rompin, di bahagian jualan bahan-bahan basah.

Ikan patin sangkar di jual setiap hari Ahad di Pasar Minggu



Udang segar dari laut Rompin hasil tangkapan nelayan tempatan

Sotong besar yang jarang- jarang ditemui, walaupun besar tapi isinya lembut. Kalau masak sotong jangan terlalu lama nanti ia jadi keras macam plastik

Kepah yang didapati di kawasan tepi pantai dan diambik ketika laut sedang surut dan hanya didapati pada musim- musim tertentu sahaja...

Pendek kata macam- macam lagi yang dijual di hari minggu...

Saturday, July 6, 2019

Pemandangan Di Luar Tingkap


Setiap kali tengok ke luar tingkap waktu senja mesti ambik gambar sebab setiap petang langit akan berubah warna...

Tuesday, July 2, 2019

First Time ' Grab ' ...


Tak pernah guna Grab service...
Bila hair dresser tempat saya pegi trim rambut beritahu kalau nak datang kedai dia kena datang hujung minggu sebab hari bekerja dia bawak Grab..

Saya pun sangat teruja, selama ni tak pandai pun nak ber Grab..Panjang sikit langkah...

Auntie sekarang senang, ada tukang potong rambut dan boleh dapat driver sekali hehe...komen Sina

Jadi bila seorang sahabat ajak lunch raya bersama seorang dua kawan lain di Shah Alam, saya dengan gembira mejawab 'aye'...
Kalau tidak selama ni kalau get together luar dari Gombak kena tumpang menumpang ( tak pandai bawak kereta keliling KL, Gombak - UIA, Gombak - Keramat, Gombak-Ampang boleh lah...)
Selama hari ni, dok pegi lunch kat KLCC, senang semua pakat naik lrt....which benefit me most sebab dari Stesyen Putra Gombak ke KLCC memakan masa hanya 15 minit!


Wednesday, June 26, 2019

Kalau Aku Pergi Dulu Dari Mu.....


Rupanya bila warga tua dah tinggal keseorangan ada banyak masalah.

Anak cucu dok risau atuk atau nenek tinggal bersendirian, tapi apakan daya nak ajak duduk sekali rumah pulak tak cukup bilik, atau takde orang nak tolong jaga. Orang gaji susah dapat, kalau ada pun gaji mahal tak semua orang mampu bayar.....

Orang kiri kanan pun sibuk mengata, anak-anak tak boleh diharap biarkan mak atau bapak dok sorang- sorang - kalau jatuh ke pengsan ke atau mati ke takde sapa yang tahu...

Tapi ramai jugak yang tak tahu orang tua pulak banyak cekadak....tak nak duduk dengan anak cucu, lebih selesa kat rumah sendiri...

Seorang sahabat saya menggaji orang bekerja di rumah maknya secara part time. Rupa- rupanya pembantu rumah tu pegi dok canang kat orang - anak semua berada tapi takde pun yang sanggup menjaga mak...

Yours truly ni pun ada jugak sekali sekala sembang dengan husben - kalau dia mati dulu, I nak duduk dengan sapa?
Aih...duduk rumah sendirilah...
Bahaya dok sorang-sorang, kena pegi duduk dengan anak atau ajak salah seorang anak dok sekali....
Takpe je dok sorang, bukan ada masalah pun.....
Lagi senang boleh relax memanjang...

Tu kalau suami mati dulu, kalau isteri mati dulu?
Tunggu apa lagi,  kawen lain laaa....
Kita dah six feet under tak boleh kata apa dah...haha..


Sunday, June 16, 2019

Semua Mulut Terkunci.


Majlis rumah terbuka semalam tidak rancak perbualan, tidak seperti sebelum PRU14 dulu, ramai yang vokal dan bercita-cita hendak menjatuhkan orang yang sedap-sedap belanja duit derma 2.6 beliyon tuh!

Bila tiba-tiba muncul tayangan pendek ada yang memperakui bahawa dialah yang melakonkan drama itu dengan seorang menteri senior dalam kabinet, kami semua tergamam ....alohlah...gapo dio pulok niiiihh...beci weh!!!
Ramai yang tak percaya...Azmin Ali? Bior bebenor...Semoga YB selamat dari fitnah aldajjal...

Pendek kata majlis jamuan raya tu begitu muram...takde cerita politik, takde cerita axed rated - malu nak sebut.
Simpati pada YB!

Semoga musibah ini segera berakhir....



Favourite Corner


Kalau dapur kita dah berumur lebih 40 tahun, bolehlah nak diberi nafas baru, biar nampak comel sikit.

Tak perlu modal yang besar, cuma ubah ' facade ' - tukar dinding dengan batu bata dan tak perlu diplaster...

Sambil-sambil tu bolehlah buang semua periuk belanga yang dah senget benget, tin buruk , botol lama yang selama ni dok kat ceruk dapur tuh!


Pemandangan baru ni boleh buat tuan dapur yang dah malas nak memasak jadi rajin semula...


Saturday, June 15, 2019

Matahari Jatuh Di Luar Tingkap



Ada masanya langit begitu terang - matahari yang sedang jatuh bewarna jingga..


Pandangan di luar tingkap


Pandangan di luar pintu


Sunday, June 2, 2019

Mohon Redha Allah ...


Tiba- tiba saya terserempak dengan H , lalu bertanya kabar tentang ibunya. H beritau ibunya dah meninggal dunia...

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun ..
Maaflah H saya tak pegi ziarah dan tak tau pun mak you dah takde

Takpe, you jangan risau , my mom mati kat kampung...
Semasa arwah dah mula ingat-ingat lupa I hantar dia kat rumah my brother, sebab my brother tak pernah jaga mak.
I nak bagi dia peluang berkhidmat pada mak sebelum mak mati.. Kalau tak buat gitu adik I akan rugi...

Ibu H tinggal bersamanya sejak dia berkahwin. Hampir 40 tahun dia menjaga ibunya...tak pernah merungut dan tak pernah taichi kat adik beradik lain..

Saya pernah menziarah ibunya, arwah seorang yang sangat senang dijaga. Takde kerenah, tak menyusahkan anak cucu langsung..

Pada bulan Ramadhan yang mulia ni, saya belajar sesuatu yang penting dari H. Jangan lepas tanggung jawab menjaga orang tua.
H seorang yang beriman dan berilmu dia nak adiknya juga mendapat pahala memelihara ibunya sebelum terlambat......



Friday, May 31, 2019

Penkek Kampung


Bila balik kampung waktu petang pergi makan lempeng dengan kari ayam kat gerai tepi laut. Tapi sekarang gerai dah takde dan orang jual lempeng entah ke mana.

Adik saya kata susah laku jual lempeng sebab walau sedap tara mana pun baik buat sendiri lagi puas hati. Lagi pulak orang kampung dah biasa dok makan lempeng turun temurun - lebih baik jual roti canai, lagi orang suka...banyak mana kedai roti canai pun tetap laku.

I want to surprise my sister...


Jangan pandang sebelah mata kat lempeng ya...

Lempeng kelapa ni tempah dengan Mashitah, rupanya ala pancake, sesuai makan untuk bukak puasa, tak berat, tak ringan. Pendek kata kalau makan 3 keping boleh lagi solat Tarawih ikut imam, tak mengantuk, tak melalut...


Tuesday, May 28, 2019

An Emergency Stop!


We were on our way to our son's house in Cyber Jaya , suddenly my husband had the urge to urinate. It was such a long stretch of road and there was no place we could stop. Macam mana ni?

As we drove on there was a manmade lake on the left side of the road. The road was under repair and very few cars passing so I thought that was a suitable time for him to ease himself.

I knew very much that was a wrong thing to do in public places - but it was so urgent! We were prepared to face the authority and pay the fines if charged.

I couldn't look at him when he went to the lake - already I was feeling guilty about it.
What if somebody recorded the act and viral it? Khalas!

Well, if that happened I will defend him, giving his medical reasons to be considered ..

When he suddenly came back..

So fast?
No, I couldn't do it...

He said he felt better as soon as he loosened his belt and took off the seatbelt that put pressure on his loin and coming out of the car which was too cold for him ( for a person who has less than 2% body fats ). Worrying about getting viral lessen the urge to pee. Plus there was somebody resting near the lake...

So we had to wait until we reached the destination....


Thursday, May 23, 2019

Cabaran Solat Tarawih


Banyak jugak cabaran di bulan Ramadhan terutamanya bila pergi bertarawih...

Bila imam surau dekat rumah baca surah lazim yang pendek-pendek...ah tak bestlah baca surah pendek je...

Esoknya pergi ke surau atau masjid lain yang imam Tarawih baca surah panjang...baru sedap dengar....

Bacaan tok imam dah sedap tapi bunyi bacaan bergaung sehingga tak jelas didengar..adui spoil sungguh...

Ok esok pergi masjid lain pulak..oih..sedapnya bacaan imam, tapi baca 3 ayat je pada satu rakaat, alamak..tak puas dengar...pendek sangat bacaan tu...

Pergi pulak kat masjid yang satu ni, imam solat orang Arab..hah ni baru betul...tok imam baca satu juz satu malam.
Masuk rakaat pertama bukan main khusyuk dengar bacaan AlQuran..tapi tunggu punya tunggu tak sujud- sujud lagi - rupanya tok imam baca satu muka setengah satu rakaat. Mercik peluh jantan di dahi...

Akhirnya balik semula solat di surau dekat rumah. Ok jugak, baca surah pendek cepat habis. Tak lama sangat tunggu. Pukul 9.30 dah solat witir....

Begitulah adanya...nak menyampaikan satu bulan puasa macam- macam cabaran.


Tuesday, May 14, 2019

Semua Taruk Atas...



Tak payah pergi kedai mamak....


.....masak sendiri je Kari Kepala Ikan!
Lepas tu makan semua taruk atas, tak payah basuh pinggan banyak- banyak...
 

Wednesday, May 8, 2019

Rahsia Masakan


Mok Su Nab terkenal dengan masakannya yang sedap.Kalau sedara mara balik kampung pakat booking Mok Su Nab suruh masak makanan kegemaran mereka. Semua puji Mok Su, masak apa pun sedap.

Saya pernah juga tanya Mok Su resepi kari kepala ikan yang sangat popular mengalahkan kari mamak Penang. Mok Su beritahu awas-awas dan cara memasak pada saya. Pernah jugak dia panggil saya suruh tengok cara dia masak.Kita pun konfiden habih meter bila belajar masak rasa macam dah pandai doh.

Bila balik rumah saya pun cuba buat kari kepala ikan jenahak. Tapi bila dah masak rupa kari boleh tahan macam dah jadi, tapi bila makan jauh langit dari bumi rasanya..

Pada satu ketika Letchumi datang buat kerja part time cuci rumah dan gosok baju, saya mintak dia ajar buat kari ikan, sampai sekarang saya masak kari Indian style macam yang Letchumi ajar.

Bila dah tua begini saya tanya Mok Su sungguh-sungguh, apa rahsia masakan dia sedap sangat tuh...Mok Su tergelak besar..bodoh benar engko ni..bubuhlah sikit serbuk perasa barulah ada kick!

Mok Su!?? Bakpe tok ghoyak nyo dari dulu....
Engko orang muda-muda mana nak kisah fasal masak, kira makan nak sedap je..


Friday, May 3, 2019

Lanjut Beach And Golf Resort....


...in Kuala Rompin..

Walaupun Lanjut Resort dah berpuluh tahun ujud di Kuala Rompin, tapi saya dan ahli keluarga tak pernah menjenguk...sebab takde sebab nak pegi situ. Kita tak main golf dan tak perlu tidur situ maklumlah balik kampung ada rumah mak...



Kali ni kami bermalam di resort sebab pakat- pakat nak rasa jadi macam tourist kat kampung sendiri...



Boleh pegi ngopi-ngopi sambil sembang panjaannnggg sampai lewat tengah malam..



Ada pertunjukan main bunga api di tepi kolam mandi pada malam hujung minggu..



Makan malam di kawasan gerai yang jauh sikit dari hotel. Ada banyak gerai makan sepanjang jalan utam sebelum masuk Lanjut Resort. Gerai- gerai di sini menjadi tumpuan pelancong yang gemar makan udang galah..
Harga hidangan paling munasabah...tidak terlalu mahal..


Paling menarik hati ialah pemandangan di tepi pantai Lanjut di waktu pagi bila matahari mula naik...



Gambar golf course tak berani tunjuk sebab musim kemarau yang kuat menyebabkan rumput sedikit kuning....

Wednesday, May 1, 2019

Bila Senja Menjelang


My favorite corner..





Tiap-tiap hari tengok langit yang sentiasa berubah mengikut waktu-waktu tertentu!

Monday, April 22, 2019

Nostalgia Di Kuala Rompin


Bila balik kampung tak sah kalau tak pergi beli makanan di pasar minggu.
Dari jauh dah nampak signboard nih!

Panas- panas dibakar atas dapur arang...ada satar ada otak-otak. Bahannya hampir sama, bahan utama ialah ikan. Satar ialah isi ikan diblend dengan kelapa dan di bakar dalam daun pisang. Otak- otak pulak isi ikan dicampur dengan kelapa dan rempah-rempah dan dibakar dalam daun kelapa..

Kena beli jugak, kalau tidak kempunan nanti!

Bon appetito
Satar dan otak- otak sangat digemari orang pantai timur. Boleh makan bila- bila saja, pagi atau makan petang.


Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...