Thursday, June 30, 2022

Tersalah Diagnos......

 

Seorang sahabat dengan sayunya memberitahu saya...masa tengah tadarus di bulan puasa tiba- tiba hilang ayat- ayat AlQuran dari pandangan mata. Dah tak ingat nak baca apa..

Dia rasa takut dan tak berani nak pegi tadarus kat surau ...dia dah tak boleh membaca Al Quran!

Bukan itu saja jalan-jalan yang selalu dilaluinya juga tidak berapa cam lagi..dan kadang- kadang bawak kereta melelong sikit..

Jauh di lubuk hati kenapa F dah lupa semua..mungkinkah dia sudah mendapat dimentia..

Semoga Allah jauhkan F dari mendapat dimentia. Saya cuba menenangkan hatinya dengan pelbagai perkataan yang baik2 supaya dia tabah..dan juga nasihatkan dia jangan bawak kereta...

Saya pun berjanji dengan F akan menemaninya berjumpa dengan doktor apabila Covid19 reda sikit..

Fikiran saya berkecamuk, bagaimana kalau ianya benar, ..apa akan jadi padanya....

Lepas raya dia wassap saya, anak saudaranya yang juga seorang doktor nak bawak dia berjumpa doktor mata!

Saya pun hairan...kenapa nak check mata....sedangkan F ada masalah ingatan..

Immediately I called her...she said yes nak pegi check mata sebab masa pegi check mata di kedai cermin mata, optometrist beritau mata dia ada cataract dan sebelah mata tak nampak terus!

MasyaAllah...Tabarakallah..masalah mata rupanya! Berbanyak- banyak syukur pada Allah..Cataract..bukan..Dimentia

Sebab tu lah orang yang bukan doktor jangan berlagak macam doktor...pandai- pandai je nak menentukan penyakit orang....

 


Tuesday, February 15, 2022

Mujur Tidak Berjangkit....

 OnThursday my son took me to visit the doctor, Saturday I got the news that one of his colleages was Omicron Positive...so he became a close contact and probably I was too.

Menggelabah badaklah me and my husband...mohon Allah jauhkan dari jangkitan dan mohon berselisih hari - kalau exposure itu berlaku hari Kamis, the chance was I won't be affected...InsyaAllah..( dengan penuh harapan )

Selepas 5 hari semua kami tested negative - Alhamdulillah..beribu-ribu kali syukur..

Bila saya bagitau sahabat baik saya DE..dia kerap mengalami trauma sepanjang serangan C19...

Kes pertama apabila pembantu rumahnya pergi menghantar barang ke rumah jiran - pada petangnya jiran memberitau bahawa suaminya kena covid dan baru nak di bawa ke hospital..

Apa lagi...meraunglah.pembantu rumahnya dan DE pulak kecut perut, cucu kecik 3 orang dan yang masih dalam kandungan menunggu hari..menggigil takut...

Kali keduanya bila salah seorang pembantu rumahnya dapat batuk yang teruk...satu rumah kelam kabut, bagi dia kuarantin dalam bilik..alhamdulullah selepas 2 hari dia bertambah baik...

Untuk menambah kecut perut, suatu hari adik DE datang menziarah, 3 hari kemudian dia dapat panggilan dari adiknya  beritau dia positif Covid.....sekali lagi seluruh keluarga bergolak...

Semua orang berjaga- jaga takut dijangkiti. Tapi ada sesetengah orang tak ambik kisah dan tak percaya that C19 exist and people are dying...





Tuesday, January 11, 2022

Tersalah Arah

 Ramai jugak antara kita yang tersalah arah dalam menjalani kehidupan harian...

Bsyangkan seorang suami yang sakit tenat berada di atas trolley menuju ICU..isteri yang mengiring sambil menangis meminta suaminya menghalalkan makan minumnya..

Sebenarnya isteri tak perlu meminta halal makan minum isteri dan anak- anaknya sebab beri makan anak isteri adalah kewajipan suami. Suami pun tak boleh mengungkit apa yang anak isteri dia makanminum...

Orang dah tengah tercungap- cungap tu bawak mengucap le, sebab tak tahu suami tu boleh survive atau tidak....

Ada juga isteri yang setia pada suami yang sedang uzur kerana strok, apabila ada orang memberi zakat padanya...ada pulak adik beradik yang menasihati duit zakat itu bagi pada suami sebab dia ketua keluarga. Kena mintak persetujuannya untuk menggunakan duit tu untuk belanja..yenna dey...itu bukan ajaran Islam ya...Kalau zakat tu orang beri pada isteri, duit itu dah jadi hak isteri yang mutlak isteri untuk membelanjakannya..

Mintak izin suami? Nasib baik dia terlentang tak boleh bergerak, kalau kena suami yang jahat...duit tu dia sapu terus....

Zaman Kanak-Kanak....6

  Khalas! Tengok kiri kanan dulu ya.. Masa kecik ada pengalaman pergi beraya dengan kawan- kawan, Raya keliling kampung...Pergi  rumah sapa ...