Tuesday, May 24, 2011

Hikayat Merong Maha Manusia

Masa sekolah dulu suka baca cerita penglipur lara, antaranya - Hikayat Merong Maha Wangsa, Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda , Hikayat Tuan Puteri Tujuh Beradik, Hikayat Dandan Setia dan lain-lain lagi. Cerita pulak berkisar mengenai istana dan pelaku utamanya ialah anak-anak raja semuanya. Kawan-kawan dok gelak depa ingat otak saya tak betul sebab suka baca buku-buku hikayat yang merapu dengan bahasa klasik yang sungguh klasik!

Alkisah sekali yang dipersetua ceritera dari yang ampunya ceritera maka adapun Merong Maha Manusia itu adalah penduduk dari negara antah berantah yang kemudiannya dinamakan Melayusia. Adapun setiap 5 tahun sekali diadakan pesta dan acara beradu tenaga untuk memilih pahlawan-pahlawan baru untuk memperkukuhkan pertahanan negara.

Arakian bila hampir menjelang 5 tahun, ramailah pahlawan-pahlawan dari seluruh pelusuk negara menawarkan diri untuk bertanding. Masing-masing dengan gaya dan kepandaian datang ke ibu negara mempamerkan diri - ada yang misai melenting yang menggerunkan orang, ada yang badan sendo macam Badang, mengangkat-angkat segala batu-batu besar dan batang kayu balak yang dah kena gergaji nak menunjukkan kegagahannya. Ada juga yang pandai berpidato, punya pidato sampai melentok rakyat yang mendengar, hinggakan termakanlah segala kata-kata mereka ( yang bermodalkan air liur ) tu! Pendek kata bermacam-macam ragam kepandaian mereka.

Bila tiba hari pemilihan, semua rakyat jelata, hina dina turun ke padang mengikut kebolehan masing-masing:

Yang capik datang bertongkat
Yang buta meniup lesung
Yang pekak membakar meriam
Yang baru operate jantung buat kerja ringan-ringan
yang baru buang cataract pakai cermin mata hitam

Pendek kata pelbagailah perilaku rakyat jelata!

Ada pun dalam pertandingan di kalangan pahlawan pula dikenakanlah syarat yang ketat:

Pihak yang menang, jangan pulak buat loktang dengan melompat-lompat macam kera, jangan melambung destar dan jangan membuka / mendabik dada ( kalau buat jugak kepala kena luku! ).....or face other consequences......

End of part 1

Tuesday, May 17, 2011

Melah Serebeh

Macam mana pulak dengan Melah ( Ramlah ), pernah dia terkejut bangun tengah malam nak pergi bilik air, lalu dia nampak lembaga bermuka putih dalam cermin, dia menjerit tak terkira habis ayam satu reban terjaga. Rupa-rupanya dia nampak imej sendiri yang berbedak sejuk tebal 1/2", putih melepak nampak macam hant...

Melah tengah gelabah le ni, sebab tok laki dia asyik mengintai mak janda belakang rumah dia. Sebab tu muka sendiri ingat muka hantu - self esteem dia sudah merudum.....tok laki tak segan silu dok tengok perempuan lain.

Suatu hari dia terkejut besar bila Mek Yang ( Mariam ) datang ke rumahnya,

Melah!! BAkpe gak bila aku lalu depan rumah mu, mu gi dok gedegang tutup pintu?

Eh, Mek Yang...bila aku buat lagu tu ke mu?

Ek eleh, mu ingat aku dok tahu ke mu dok cemburu kat aku, mu ingat aku nok sangat kat laki mu? kalu aku nok nikoh pong, aku tok pilih Bedul perut boyot macam tempayan tu! Nok menapah pun semput-semput, napah kot idung lagi, napah kut mulut lagi, tercungap-cungap!

Doh kalu mu dok nok ngorak orang jatang, bakpe mu paka lawo-lawo? Bukang ke mu dalang iddah lagi?

Eh....aku bukan nok ngorak , aku nak buat Semang tu jadi sewel, biar dia menyesal cerai aku...

Mitok maahlah Mek Yang, aku saloh sangke!

Dok apelah, biarlah, aku dok maroh pong, cuma aku mari ni nok nasihat ke mu, bo lah dok berkemban gantung, kalu paka baju gak kaing ikat diluor, macam rumah tak siap!. Bukan Bedul je beci ngelih, aku pong malah nok tengok mu!

Mu pong kuat melawo, sapa Semang cemburu buta....cera ke mu dok dang-dok dang!

Ginilah Melah, le ni mu kena pakai molek sikit, pakai bedak, gicu, siap molek....eh, mu tahu dok? dok lame lagi YB Jemdin Gorgis nak balik jupa pengundi-pengundi, kang dok lame doh nok ngundi!

Doh ape kena mengena dengang aku?

Mu paka molek sikit, tak lama ada perjumpaan dan jamuan, gi lah campor orang sikit..buang-buanglah bedak sejuk tu, pakai Anvon pulak.....mari oder dengan aku!

Pada hari jamuan tu, Melah melawa sakan, pakai kebaya merah, tudung merah, pipi merah, bibir merah, pendek kata sedondon merah! Terkejut badak, terkejut beruk, terperanjat katak si Bedul tengok bini dia macam bintang felem!

Awak tu jangan pegi lama-lama sangat , Melah, banyak buaya-buaya kat luar tu! Abang tak suka orang ngorak bini abang!

Cik abang, you've got to shape up or ship out kali nih! ( Speaking habih Melah oiii! )

Bedul tersedak sakan, semput pun mari, malam tu dia landing di Hospital Desa bertemankan tong oksijen yang bersaiz torpedo!

Orang Rompin cakap slang Teganu! Le ni dok sibuk orang Rompin siap siaga nak PRU13! kaum ibu nampaknya sibuk ke sana ke mari, buat tu, buat ni, kaum pria belum nampak ape-ape lagi, mungkin kerja last minute kut! Tunggu signal dari Ketue Pemudenye, baru nak gerak!

Monday, May 16, 2011

Mat Lobo Yang Selobo

You know who is Mat Lobo yang selobo? he's a man who doesn't know how to dress up. All he owns is a few t shirts, colared and uncolared. He will regiously stick to his t shirt even though that's the day he wants to giveaway his daughter! People from the guy's side came with baju Melayu sedondon, he's with his t shirt that he bought in Golok a long time ago,one side of the colar up and the other side down..... buat muka toye!

He's so ugly and he's lucky his mother arranged his marriage, otherwise, he might be a confirmed bachelor! So , he still adopt his confirm bachelor behaviour, like to lepak ikut suka like a dead log, just throw away his wet towel anywhere he wants to, his mark and spender yang bercap buaya just stashed away under the bed! Ugghhh!


When his head is balding, he just pull his remnat hair from the back of his head and circle it on his crown...... cukur ajelah biar botak semua! he doesn't care if he is nearing 70, he just ignores the prayer time and concentrates on his x-rated films that he downloads from his laptop!

Sadly - recently he was sent to hospital after he slipped in the bathroom, unconscious. The next day he found out he was barbed with all the wires the hospital has! he can't move and he can't talk and he can't even swear .

So, the family took a rest from his @#$%^&* behaviour and leave him at the mercy of the near retiring nurses in that hospital!

Such a sad ending......

Saturday, May 14, 2011

Nok Bedil?

Seronok dengar cerita orang hebat-hebat di tahun 1980an dulu. Waktu tu sapa-sapa ada lesen memiliki pistol atau memiliki pistol ( selain polis dan askar ) merupakan status simbol bagi seseorang. Mereka tu orang hebat, nampak hebat dan berlagak hebat. Pegi minum di hotel-hotel dan ada yang letak pistol atas meja masa minum-minum tu. Bila dah sedikit tipsy, mulalah buka temberang, salah sikit nak tembak orang - aku bedil kang - bedilnya tak pun, entah-entah pistol tu kosong aje! Tapi orang yang hebat begini hanya ada seorang berdua yang tertentu di negeri-negeri tertentu sahaja di Malaysia nih!

Di alaf baru ni pulak pistol tak main dah, tak rugged maa - kalu tersilap tembak, walaupun pakai peluru kapur akan jadi kes polis pulak! tambahan lagi la ni pistol dikaitkan dengan semua benda yang outlaw. Dan mereka yang outlaw tu bukan main acah-acah aje, depa tu tala betul-betul!

Banyak lagi benda lain orang boleh menunjuk sekarang ni. Macam-macam benda jadi status simbol mengikut keadaan masa dan tempat serta keegoan seseorang tu!

Thursday, May 12, 2011

Now Everyone Can Fry

Bila ada tawaran naik kapal terbang tambang murah pi Alok Setaq seronok bukan main, kami pun sungguh teruja. Gembira sangat sebab Malaysia kita ni makmur - semua orang boleh terbang dah la ni, bak kata .......now everyone can fry...err..fly, weh!

Apa tak terujanya - rm 63 tambang kapal terbang ke Alor Setar dan rm 63 tambang balik ke KL. Dengan penuh ceria, rasakan macam syarikat kapal terbang tu tok nek kita punya, mulalah buat booking untuk 2 orang penerbangan pergi balik . Akhir sekali + + itu ini, caj tu caj ni - termasuk caj minyak kapal terbang sekali jumlah semua rm 582...aik? jauhnya lari!.

Jadi tang mana yang murah tu?

Tak taulah...... kecek banyok gak drive sendirilah kalu nok muroh ! Atau naik bas biasa pun boleh , executive coach pun ada, keretapi pun ada !

How about the lower back pain?

Saturday, May 7, 2011

To Operate Or Not To Operate.....the ailing heart!

Some said people should go to IJN, if they have heart problem. IJN has all the specialists and it is a real hospital with all the equipments as compared to other small hospitals ( demo kato!) Some argued IJN has long queue of patients and patients may die before their cases were attended! My opinion that even though there's a long queue , when there are between life and death cases, they will attend to the most serious cases first ( the doctors have to work overtime in such emergencies! ). My 74 years old cousin who smoked like a chimney and only eat rice if there is kuah lemak yang kaw habis meter all his life was diagnosed with acute blockage ( 12 of them altogether ) was transferred from local hospital to IJN and within a week he was operated upon and lives a healthy life now - far from the chimney and pokok kelapa!

Someone who was recommended by the doctors for open heart surgery, pleaded he wants to have a second opinion and to find other remedies ( ubat kampung ). I didn't know what the doctors told him , either you can take as much time as you want or if you die in the process we'll not be responsible!

Our other relative had an open heart surgery at 50. She told us her mother died of heart attack at that age. She remembered the symptoms was she suffered chin pain ( sakit tang dagu ) and she got that pain too, severe one!. Doctors prepared her for immediate operation, but she mintak tangguh until her husband came back from overseas ( in a few days time )she thought if she died, she wanted to die in front of her husband! Or let her husband see how she suffered, so he will love her more ( if she survived! ).

What if she had a stroke in that few days time? Allah saja yang mengetahui hidup mati seseorang. Now she lives happy ever after with her husband, children and grandchildren. And she takes the same medicine as her mother -in-law who went through two open heart surg , first when she was fifty ( signed by her husband ) the second one 10 years later ( it was about 25 yrs ago ) signed by herself. When the doctors told her and the family she had 50-50 chance to live - dia pun sign sendiri sebab tak tertahan sakit sangat ! she lives a healthy lady until today, at the age of 80++ .......insyaAllah semoga Allah panjangkan umur beliau dan disihatkan tubuh badannya, aamin!

Monday, May 2, 2011

Happenings In Jalan Delima













Roses and carnations are the favourites


White orchids and green ferns........for the walkway......and for the arch....






......some fake ones






Relatives , neighbours and close friends.....









........the master piece




Time to take five!




Friends from near and far - came a gathering........









The deep pink brightened the room

Moi and my dearest sister on me left and my
eldest daughter on me right - ready to attack cholesterol laden , oil dripping nasi minyak .............and the
weighing machine will scream with fear! Muahahaha......






Saturday, April 30, 2011

Sumpah Mubahalah?

Riuh rendah satu negara tentang sumpah mubahalah, banyak benar insiden-insiden yang menyebabkan ramai yang nak bersumpah atau didesak untuk bersumpah. Ada yang enggan bersumpah tak kurang pula yang ever ready to sumpah. Tak taulah......apa nak jadi!

Sungguhpun nampak enteng saja sumpah tu, tapi natijahnya sungguh menggerunkan ( jika bersalah ) sebab bersumpah laknat menggunakan nama ALLAH dan meminta Allah laknat diri yang bersumpah. - Wallahi , watallahi, wabillahi - ulang sebanyak 3 kali dan pada kali keempatnya bersumpah kalau diri itu berbohong, mohon supaya Allah melaknat dirinya.

Ianya bukan sumpah yang kita main-main seperti - sumpah! saya tak kata awak jahat , atau - wallahi saya takde duit nak bagi pinjam kat awak. Itu sumpah yang tak disertakan dengan niat dan tak kena kaffarah kalau melanggar sumpah itu.

Dalam hal ini saya harap pihak tv akan menjemput alim ulamak untuk menerangkan perihal sumpah mubahalah serta cara-caranya untuk pengetahuan dan menjadi panduan umum . Ramai jugok adik kakok yang dok tahu gapo dio gak supoh mubahalah tuh!

Errr...itu Latok SK , mahu bermubahalah jugakkah? Bukan ke dia ada dalam video tu, dok pi mai, pi mai dok buat gapo?! Bukan apa, takut nanti jadi macam kes arak - yang menjual, yang menghidang, yang menuang serta yang meminum semuanya terlibat/ bersubahat.
Yang pi dok enter-enter frame tu kira macam mana?

Thursday, April 28, 2011

Masihkah Ada Lagi Insan.......?

Di waktu subuh Jumaat yang lepas, saya telah menerima sms dari seorang sahabat yang memberitahu ibu mertuanya telah menghembuskana nafasnya yang terakhir. Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun, semoga ruh bonda mertuanya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang solihin!

Suami sahabat saya tu adalah seorang yang sangat menghurmati ibunya, segala keperluan dan kehendak ibunya tetap dipenuhi. tidak pernah dia mengabaikan ibunya walaupun mereka berjauhan, ibu di KB dan dia serta keluarga tinggal di KL. Setiap kali ibunya hendak berjumpa doktor di KL , A akan balik ke KB untuk menjemput ibunya ( walaupun adik beradik dan yang lain-lain boleh aje menemani ibu/nenek ke KL ), tapi A tetap memegang tanggungjawab itu, bukan hantar driver atau orang suruhan. Walaupun A seorang ahli korporat yang sibuk, tapi takde excuse baginya tidak menjemput dan menghantar balik ibunya!.

Bak kata, seorang ibu ada hak ke atas anak-anak, walaupun anak itu berpangkat sebesar mana, kalau ada yang kurang berkenan di hati, ibu tetap akan menegurnya atau meleterinya. Dan A serta isterinya akan diam dan tunduk , tak angkat muka dan tak akan menjawab walau sepatah pun! Malah semasa bondanya sedang gering, A mendampingi bondanya hingga ke akhir hayat dan sama-sama dengan adik beradiknya yang lain memandi dan menyempurnakan jenazah  Almarhumah orang tuanya.

Saya tertanya-tanya masih ramaikah lagi insan yang semulia itu di dunia ini, yang menghurmati ibu tanpa berbelah bagi. Semoga berbahagia A dan keluarganya di dunia dan di akhirat!

Tuesday, April 26, 2011

Terlebih Kacang

Suatu ketika kami berada di dalam rombongan menyambut menantu, layanan cukup istimewa - tambahan pulak gulai kawah dan ayam bakar yang dihidangkan sungguh sedap, ter masuk gulai nangka campur perut dan kerabu togey serta sambal belacan - apa lagi, ramailah yang terlajak makan, tak kisah dah masing-masing body macam dugong, main belasah aje !

Salah seorang dari suami yang ada asyik menambah nasi dan lauk ke dalam pinggan isteri hinggakan orang lain dah lama habis makan dia masih belum basuh tangan( mungkin dia jenis makan lambat atau makan bertambah banyak kali ). Isteri-isteri yang lain pun pakat jeles sebab suami depa tak kesah kat depa. Suami-suami yang lain pulak menggeleng kepala tengok suami yang sayang bini tu encourage mem dia makan banyak ( tanda sayang mungkin )

Ada seorang lagi suami ( suami yang di majlis lain ) dok menambah nasi dan lauk pauk untuk isteri. Isteri tu pulak suka makan nasi kenduri aka nasi minyak/nasi beriyani. Ada jugak datang fikir.........eh dia nak bagi bini mati cepat ke, dok pi tambah nasi dan lauk yang berminyak kaw-kaw ! On second thought, mungkin itulah caranya dia menunjukkan kasih sayang pada isteri! Memang ramai orang tua-tua dulu yang suka kalau anak isteri makan berlebihan - mereka rasa bahagia!

20-30 tahun dulu, bila me husben travel jauh-jauh , suka bawak balik coklat banyak-banyak untuk anak dan isteri - sampai I had to warn him - nak beli coklat banyak-banyak kena tengok bini dulu, kalau nampak ada harapan nak jadi tembam janganlah bagi coklat! Lepas tu dia beli coklat untuk anak-anak saja!

Oleh kerana saya ada makanan kesukaan yang lain iaitu KACANG GORENG, jadi dia pun dok beli kacang goreng pulak! hinggalah di suatu hari gigi geraham saya terbelah dua bahana makan kacang yang berlebihan.......and it cost a fortune to cap it up, maka saya pun buat lagi satu standing order, no more kacang at home! oleh kerana saya dan kacang goreng tak boleh dipisahkan, saya tukar dengan peanut butter pulak.Kalau teringin sangat nak makan kacang, makan peanut butter aje - to save my teeth! Alhamdulillah sekarang dah tak ketagih kacang lagi......jadi dah boleh baling botol peanut butter tu!

Sunday, April 24, 2011

Menghafal Sifat 20

Orang tua-tua dulu menghafal Sifat 20 ya'ni 20 sifat yang wajib bagi Allah termasuk 20 yang mustahil bagi Allah - Wujud ertinya ada iaitu Allah ada mustahil tiada , qidam ertinya....dan seterusnya hingga habis dua puluh sifat. Mereka menghafal bersungguh-sungguh , pendek kata sapa yang tak hafal maka aljahlun lah dia!

Baru-baru ini adik saya menziarah seorang rakannya H. Rupa-rupanya rakan dia tu memelihara ibunya yang berusia hampir 90 tahun, mata masih cerah, ingatan masih kuat tapi perangai sedikit keanak-anakan, malu-malu bila ada orang menziarah dia. Setelah lama sikit dan bila kena pujuk dia pun tersipu-sipu mengatakan ..kwen ( kawan/saya) takde ilmu lain, ngaji Quran dengan hafal sifat 20 aje! H kata cuba mak baca sifat 20, dia pun mulalah menghafalnya dengan lancar!

50-60 tahun dulu ilmu ( agama )sangat kurang, dalam sesebuah kampung selalunya ada seorang berdua yang pandai ( mengaji pondok atau belajar di Mekah atau Madinah), buku-buku agama semuanya dalam bahasa Arab atau terjemahannya dalam bahasa Melayu klasik, tok guru pulak tak ramai, kalau ada anak murid buat mulut capoi tanya tu, tanya ni mesti kena sergah! Masa tu ilmu tidak berkembang. Tak macam sekarang, ramai yang pergi belajar ke negara-negara Islam, ramai yang terdedah dengan pelbagai ilmu, kitab-kitab yang di baca di universiti boleh bertalaqqi di luar universiti - dah ramai alim ulamak dalam negara nih yang boleh mengajar!

Rupa-rupanya cara mengenal sifat Allah yang diajar dulu-dulu tu sangat mengelirukan orang-orang yang baru memeluk Islam. Alkisahnya seorang mualaf sedang mempelajari sifat 20 menjadi begitu keliru bila diajarkan wujud ertinya ada, wajib ada mustahil tiada....dengan confusenya dia bertanya, cakaplah mutut-mutut, itu tuan Alah ada ka tatak..apa pasai sikijap ade sikijap tatak.

Ada jugak orang kata, bila guru mengajar dengar dan hafal aje , jangan banyak soal!

Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...