Tuesday, August 27, 2013

Pentingkan Diri






 Pernah berlaku dalam masyarakat kita , dek  kerana terlampau sayangkan anak perempuan ibu bapa tak nak melepaskan mereka .Akhirnya 2 orang anak dara mereka tidak dikahwinkan sebab semua yang datang melamar tak cukup sesuai a.k.a. semuanya tak qualified. Ibubapa merasakan merekalah yang dapat memberi segala kesenangan dan kebahagian pada anak-anak mereka. Akhirnya apabila ibubapa mati tinggallah 2 dara tua jadi penunggu rumah pesaka.

Ramai jugak ibubapa yang selfish , mementingkan diri mereka saja  - takut kalau anak dara kahwin mereka akan kehilangan anak atau mereka akan kesunyian untuk menghadapi hari tua. Kalau anak gadis tak kawin sudah tentu boleh menjaga mereka sepenuh masa. Sebenarnya mereka bukan sayangkan anak tapi sayangkan diri mereka sendiri . Mereka tak pernah fikir apa akan jadi pada anak perempuan mereka bila mereka tiada - tidak fikir kebahagian anak-anak, tak faham naluri manusia yang ingin mendirikan rumahtangga dan punya keluarga sendiri.

Tapi saya salute pada sebuah keluarga ni, yang mempunyai ramai anak gadis - setelah mereka habis belajar dan mendapat pekerjaan tetap  ibubapa  mula bertanya anak gadis samada sudah ada pilihan hati. Kalau tiada mereka berusaha untuk menjodohkan anak-anak gadis mereka!

Saya doakan semoga keluarga ini mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat - aamin!!


Sunday, August 25, 2013

Baca Hati...






Masa saya kecik, Tok Chek selalu ambik saya bawak balik ke rumah dia. Emak pun tak kesah, katanya biarlah saya tidur rumah Tok Chek sebab boleh buat teman Kak Ya  ( yang 10 tahun lebih tua dari saya ). Lagi pulak sekolah lebih dekat dari rumah Tok Chek dalam 5 minit perjalanan. Saya sungguh rasa tak gembira, walaupun makan minum cukup, dapat pakaian cantik - cantik.  Masa umur 9 tahun dapat  silk scarf dan baju Swiss cotton . Masa kecik tak faham ape ke benda silk dan cotton tu, lagi pulak hati tak suka tinggal di situ , dapat macam-macam pemberian pun tak bermakna.

I was so miserable and so missed my parents , kadang-kadang curi-curi balik ke rumah ( rumah tak berapa jauh, jalan kaki dalam 15 minit je ) . Mujurlah tak lama  kemudian Kak Ya berkahwin dan mengikut suaminya  pindah ke tempat lain - dan membawa bersama-sama Tok Chek pergi.

Dalam satu situasi lain pulak seorang kanak-kanak yang disayangi neneknya lebih dari adik beradiknya yang lain , diambil tinggal bersama neneknya. Suatu hari  dia bertanya neneknya, bila papa nak balik ( masa tu papa dia ke luar negara buat keja  ).  Kata dia kalau papa  balik dia nak main badminton dengan papa ( pada hal tak pernah pun main badminton, raket pun takde ). Oleh kerana saya telah mengalami keadaan yang serupa, saya tahu perasaan kanak-kanak tu yang sangat  rindukan keluarga  nak balik ke rumahnya.

Saya cuba bayangkan pada nenek itu, mungkin cucunya dah rindukan keluarganya @ hantarlah dia balik jumpa mak dan adik-adik dia sekali sekala ....

Nenek dia buat blurr je, buat-buat tak faham. Agaknya sebab tak nak berpisah dengan cucu!




Friday, August 23, 2013

Qiraat Syu'bah

 

 

 

Qiraat Syu’bah - Perbezaan Farsy Huruf  - Surah  AlBaqarah - Bahagian 2





 


Ayat

Hafs

Syu’bah

Keterangan/Bacaan Syu’bah

16
185
وَلِتُكْمِلُواْ
وَلِتُكَمِّلُواْ
ك fathah    م bertasydid
17
189
 ٱلْبُيُوتَ
ٱلْبِيُوتَ
   بِ kasrah
18
207
رَءُوفٌ
  رَءُفٌ
 و hadzaf/buang
19
222
يَطْهُرْنَ  حَتَى
يَطَّهَرْنَ حَتّى
ط dan ه fathah bertasydid
20
236
قَدَوُهُ
قَدْرُهُ
د sukun
21
240
 وَصِيَّةً
وَصِيَّةٌ
  ة dhommatain
22
245
وَيَبْسُطُ 
 وَيبْصُطُ
Baca dengan ص
23
260
 جُزْءًا
جُزُءًا
ز  dhommah
24
271
فَنِعِمَّا
فَنِِعْمَّا
عْ sukun/ikhtilas
25
271
وَيُكَفِّرُ
   وَنُكَفِّرُ
Baca dengan ن
26
279
فَأْذَنُواْ
فَءَاذَِنُواْ
ءَ fathah dan  ا , selepasnya  ذِ kasrah



Demikianlah terdapat 31 farsy huruf yang berbeza antara Hafs dan Syu’bah dalam Surah AlBaqarah Toriq AsySyatibi.

Ada huruf yang tidak ditaip dalam Rasm Uthmani dan ada  kesalahan lain harap maaf kerana ia adalah kedaifan jurublog jua adanya.

Boleh rujuk perkataan/kalimah asal dalam AlQuran Riwayat Hafs untuk memastikan perkataan itu dalam keadaan yang betul

WalLahu 'Alam!

Wednesday, August 21, 2013

Qiraat Syu'bah





Qiraat Syu’bah - Perbezaan Farsy Huruf  - Surah  AlBaqarah - Bahagian 1


Bil


Ayat
Hafs
Syu’bah
Keterangan / Bacaan Syu’bah
1
51/92
ٱتَّخَذْتُم
ٱتَّخَذتُّم
Idgham  ت dengan  ذ
2
67/231
هُزُوًا
هُزُءًا
Tukar     و      kepada    ء
3
80
أتَّخَذْتُم
أتَّخَذتُّم
Idgham   ت  dengan    ذ
4
81/112
َبَلَى
َبَلَى
Bacaan Imalah
5
85
تَعْمَلُونَ عَمَّا
يَعْمَلُونَ عَمَّا
Baca dengan  ي
6
97
لِِّجِبْريلَ
لِِّجَبْرَئَِلَ
ج dan  ر fatah  ء ditempat ي
7
98
جِبْرِيلَ
جَبْرَئِلَ
ج dan  ر fatah  ء ditempat ي
8
98
مِيكالَ 
مِيكَاءِيل
ء  dan  ي selepas  ا
 9
124
  ٱلظَّالِمِينَ عَهْدِى
ٱلظَّالِمِينَ عَهْدِىَ
  ي fatah
10
125
  لِلطَّآئِفِينَ  بَيتىَ
  لِلطَّآئِفِينَ بَيتى
ي  sukun
11
140
  تَقُولُونَ أم
يَقُولُونَ أم
Baca  dengan ي
12
143/208
لََرَءُوفٌ
   لَرَءُفٌ
Hadzaf/buang  و      
13
168
خُطُوَاتِ
   خُطْوَاتِ
 ط sukun    
14
177
ٱلْبِرَّ    لَيْسَ    
  لَيْسَ ٱلْبِرُّ    
ر  dhommah
15
 182
  مُّوصً
مُّوَصٍّ
Fatah  و tasydid ص


Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...