Orang tua dulu-dulu ramai yang suka melatah. Mereka akan melatah bila terkejut dan ada pula seorang dua yang kerjanya bagi sipelatah terkejut. Bila sipelatah terkejut , mereka akan membuat pelbagai aksi latah....ada yang menari, ada yang menyanyi, pendek kata apa yang orang suruh dia akan buat ( tanpa disedari? ).
Orang latah selalunya menjadi mangsa apabila ada keramaian, misalnya ada kenduri kendara apabila ramai orang berkumpul. Seolah-olahnya aksi latah itu menjadi satu hiburan pada mereka. Sampai letih tukang latah, barulah mereka berhenti menyakatnya.
Arwah Busu Mek ibu saudara saya yang sangat saya kasihi pernah menceritakan perihal orang latah semasa saya kecik dulu. Kononnya ada sepasang suami isteri yang kuat melatah. Pada suatu hari si suami balik dari pasar bawa ikan, bila tiba di tepi rumahnya dia nampak isterinya tengah bersantai sambil makan sirih di atas lambor. Dia pun nak bergurau dengan isterinya dengan membaling ikan itu, isterinya terkejut dan melatah lalu mengambil ikan tadi dibalingkan pada suaminya pula. Si suami pulak terkejut dan membalas balingan isterinya dan adegan baling membaling berlaku beberapa lama sehingga ikan tu lembik baru mereka sedar dari latah.( makan bubur ikanlah agaknya mereka hari tu! ).
Yang paling kuat latah ialah perempuan-perempuan yang separuh umur, perempuan muda takde pulak yang latah. Kalau perempuan muda melatah, alamatlah laki dia pergi mengorat perempuan lain........yang tak melatah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rumput Asli Vs Rumput Palsu
Masa menyangkul panas bukan main, bila dah siap turun hujan macam banjir... Hari panas terik, tiada angin dan ditambah dengan jerebu yan...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment