Seorang kawan memberitahu saya , anak lelaki jirannya selalu ponteng sekolah tapi sampai hari ini ibubapanya tak tahu. Setiap hari sianak tu akan menalipon bibiknya , tanya mak ayah dia ada tak di rumah. Kalau takde dia pun balik bawak kawan-kawan sekolah, lepak-lepak , main games dan hisap rokok. Akhir-akhir ni ada pulak pelajar perempuan yang ikut sama.
Albibik tu pulak takut nak beritahu ibubapa budak tadi, takut kena penumbuk dan penerajang dan lain-lain lagi, jadi terpaksalah mendiamkan diri serta membersihkan segala bahan-bahan bukti yang bersepah-sepah atas lantai takut mak bapaknya balik ternampak puting rokok dan terbau asap rokok. Bila ditanya kenapa jiran-jiran tak tolong tegur atau tolong beritahu ibubapanya, jawapannya sama jugak, mereka takut anak-anak mereka diapa-apakan.
Sedih jugak memikirkan, ada pembantu rumah yang sepatutnya amanah pada majikan, tapi menyembunyikan perbuatan buruk anak tuan rumah. Jiran-jiran pun tak berani nak masuk campur. Pernah berlaku pembantu rumah memberitahu tuan rumah fasal anak lelaki yang tengok x-rated filem bila ibu bapa pergi out station , akhirnya pembantu itu yang dimaki dan dihalau dari rumah. Bukan senang nak tegur anak orang , kadang-kadang anak sendiri pun banyak yang tak boleh ditegur!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cuaca Di Bulan Ramadan
Pemandangan di luar tingkap Hari ke 27 Ramadan - 2026 Pukul 10 pagi Langit sangat biru sehingga pukul 11.30 Selepas itu baru timbul awan...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment