Thursday, November 22, 2012

Sembang Dari Satun!........2






wiki search





Setelah kapal dan segala peralatan penangkapan ikan yang canggih itu dirampas, hidup dia pun tak sesenang dulu - semua kereta mahal di perkarangan rumahnya dijual satu persatu. Kini dia menjadi dreba seorang tokey Siam yang juga tokey ikan.

Dia pun menceritakan kisah bossnya pulak, yang dah beberapa kali ditembak, tapi tak pernah kena sasaran tepat, jadi dia tak mati. ( mungin tembakan tu hanya amaran je! ). Almusabab kena tembak tu ialah sambil menjalankan aktiviti penangkapan ikan ( mungkin ada juga menyeludup ikan ), dia selalu je menceroboh kawasan orang lain. Itu sebabnya dia banyak musuh.

Puok-puok tu kalu bbaloh gak main bedil sengoti!


Pada suatu hari dia kena tembak tepat di dada - tapi.... tak mati jugak dia..sebab, pada hari itu ( mungkin setiap hari ) dia letak patung Budha  yang kecik sebesar ibu jari dalam poket bajunya. Peluru yang ditembak  mengenai patung Budha  yang diperbuat dari gangsa dan telah  melantun ke tempat lain.

Lepas kejadian itu, bukan main popular lagi tokey dia  - ramai yang offer nak beli patung tu dengan harga yang berjuta-juta baht!

Pelandok selalu lupakan jerat tapi jerat tak pernah dan tak akan lupakan pelandok adanya.......





No comments:

Cuaca Di Bulan Ramadan

  Pemandangan di luar tingkap Hari ke 27 Ramadan - 2026 Pukul 10 pagi   Langit sangat biru sehingga pukul 11.30 Selepas itu baru timbul awan...